Berita Berita
135 remaja dijangkiti HIV sepanjang 2024 – KKM
KUALA LUMPUR 18 Nov– Seramai 135 kanak-kanak dan remaja berusia antara 10 hingga 19 tahun dikesan dijangkiti HIV menerusi kes baharu yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang 2024.
Jumlah itu merangkumi 4.2 peratus daripada keseluruhan 3,185 kes baharu jangkitan HIV yang dicatatkan tahun lalu.
KKM dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, pihaknya kekal komited membendung penularan HIV, termasuk dalam kalangan remaja, melalui pelaksanaan pelbagai dasar dan strategi meningkatkan literasi serta kesedaran masyarakat mengenai HIV/AIDS.
Kenyataan itu menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang meminta penjelasan mengenai langkah segera bagi menangani peningkatan kes HIV dalam kalangan remaja.
Menurut KKM, program PROSTAR 2.0 menjadi antara inisiatif utama bagi meningkatkan daya tahan dan kesedaran remaja terhadap HIV dan jangkitan penyakit kelamin (STI), dengan pendekatan berasaskan biopsychosocial-spirituality.
Kesedaran serta pengetahuan tepat mengenai HIV, jelas kementerian, bukan hanya memperkasa remaja mengelakkan jangkitan, tetapi turut membantu mengurangkan stigma dan diskriminasi.
KKM turut meningkatkan akses kepada saringan HIV, khususnya untuk golongan muda berisiko. Sehingga Jun lalu, sebanyak 188,425 pengunjung melayari laman web TestNow dengan purata 324 pelawat sehari, dan 13.4 peratus daripadanya dikategorikan berisiko tinggi.
Dalam pada itu, KKM menekankan peranan penting ibu bapa dalam memantau aktiviti anak-anak serta memastikan mereka yang berisiko mendapatkan perkhidmatan kesihatan sewajarnya.
Berita berkaitan
November 18, 2025, 11:17 am
LHDN dedah syarikat kartel kereta mewah elak cukai hingga RM70 juta
November 18, 2025, 10:34 am
Lelaki Orang Asli hilang hampir seminggu di Bentong
November 18, 2025, 10:29 am
4,875 kematian jalan raya direkodkan, kerajaan tingkat penguatkuasaan dan teknologi keselamatan
November 18, 2025, 10:15 am
Perbelanjaan pengurusan banduan cecah hampir RM500 juta tahun lalu
November 18, 2025, 10:08 am
Sumber pencemaran Sungai Perak di Kampung Sungai Papan masih belum dikenal pasti
November 18, 2025, 9:54 am
Siasatan semula kes kematian pelajar tahfiz bermula, 68 saksi dipanggil - Saifuddin
November 18, 2025, 9:53 am
Siasatan terperinci dilakukan terhadap insiden serangan anak Rafizi
November 18, 2025, 9:48 am
Pencarian lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang bersambung pagi ini
November 18, 2025, 9:42 am
