Berita Berita
Siasatan terperinci dilakukan terhadap insiden serangan anak Rafizi
KUALA LUMPUR 18 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada 13 Ogos lalu.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata siasatan melibatkan pengambilan keterangan daripada saksi dan individu berkaitan, selain pengumpulan serta analisis bukti, termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan kawasan sekitarnya.
Menurut KDN, PDRM telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 324 dan Seksyen 352 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
KDN menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) di Dewan Rakyat mengenai perkembangan terkini kes melibatkan anak Ahli Parlimen Pandan itu.
Tambah kementerian, PDRM komited menjalankan siasatan secara profesional mengikut prosedur undang-undang dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan sebaik siasatan selesai.
Kerajaan turut menegaskan bahawa sebarang bentuk keganasan dan jenayah dipandang serius tanpa mengira latar belakang mangsa, dan tindakan sewajarnya akan diambil jika pihak terlibat didapati bersalah.
Insiden itu menyaksikan anak lelaki tunggal Rafizi berusia 12 tahun diserang seorang individu tidak dikenali ketika berada di pusat beli-belah berkenaan.
Berita berkaitan
November 18, 2025, 11:17 am
LHDN dedah syarikat kartel kereta mewah elak cukai hingga RM70 juta
November 18, 2025, 10:34 am
Lelaki Orang Asli hilang hampir seminggu di Bentong
November 18, 2025, 10:29 am
4,875 kematian jalan raya direkodkan, kerajaan tingkat penguatkuasaan dan teknologi keselamatan
November 18, 2025, 10:15 am
Perbelanjaan pengurusan banduan cecah hampir RM500 juta tahun lalu
November 18, 2025, 10:08 am
Sumber pencemaran Sungai Perak di Kampung Sungai Papan masih belum dikenal pasti
November 18, 2025, 9:57 am
135 remaja dijangkiti HIV sepanjang 2024 – KKM
November 18, 2025, 9:54 am
Siasatan semula kes kematian pelajar tahfiz bermula, 68 saksi dipanggil - Saifuddin
November 18, 2025, 9:48 am
Pencarian lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang bersambung pagi ini
November 18, 2025, 9:42 am
