Berita Berita
Banyak pembangunan Sabah terbengkalai selepas pertukaran kerajaan – Tengku Adnan
KUALA LUMPUR 17 Nov - Banyak pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur di Sabah didakwa terbengkalai selepas kerajaan negeri bertukar daripada Barisan Nasional (BN) kepada gabungan parti lain.
Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, BN sebelum ini mentadbir banyak kawasan yang mula menikmati pembangunan, termasuk kawasan luar bandar melalui pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo.
Katanya, meskipun Sabah kaya dengan hasil bumi, masalah asas melibatkan elektrik, air dan jalan raya masih gagal ditangani.
“Apabila kerajaan bertukar tangan, semuanya terbengkalai dan kelestarian yang didamba rakyat hilang, malah negeri semakin mundur. Jangan salahkan BN atas kelewatan atau permasalahan tiga serangkai yang makin parah. Nilailah apa yang berlaku dan pilihlah yang terbaik.
“BN kini bertanding di PRN Sabah dengan misi ‘Bikin Balik Sabah’ untuk menyambung semula legasi pembangunan yang telah direncana kerana parti lain sememangnya gagal… maka kenapa perlu memilih mereka,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, rakyat Sabah boleh menilai sendiri keadaan negeri di bawah setiap pentadbiran dan kepimpinan yang silih berganti.
Menurutnya, rakyat juga boleh melihat latar belakang pemimpin tertinggi dua parti utama negeri itu, GRS dan Warisan, masing-masing dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
“GRS dan Warisan diterajui pemimpin yang lahir daripada kepimpinan UMNO/BN. Mereka diangkat oleh perjuangan akar umbi hingga menjadi menteri, diberi amanah untuk memajukan Sabah, tetapi akhirnya yang kaya ialah mereka, sedangkan anak negeri kekal seperti dahulu.
“Lebih teruk, perjuangan UMNO/BN ditinggalkan… ‘melompat’ dan kini menentang BN, ibarat mengkhianati nilai ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’. Sudahlah kacang lupakan kulit, menggigit pula tangan yang menyuap,” katanya.
Tengku Adnan turut menegaskan bahawa UMNO/BN sering difitnah demi meraih sokongan politik, termasuk dilabel sebagai ‘dinosaur politik’.
Hakikatnya, katanya, mereka yang menuduh itulah yang menutup kelemahan sendiri dan memburukkan BN.
“Mereka meraih kejayaan dan kemewahan dengan menjadikan UMNO/BN batu loncatan. Kini rakyat pula digula-gulakan dengan manipulasi dan persepsi untuk memburukkan BN,” katanya.
Berita berkaitan
November 18, 2025, 10:34 am
Lelaki Orang Asli hilang hampir seminggu di Bentong
November 18, 2025, 10:29 am
4,875 kematian jalan raya direkodkan, kerajaan tingkat penguatkuasaan dan teknologi keselamatan
November 18, 2025, 10:15 am
Perbelanjaan pengurusan banduan cecah hampir RM500 juta tahun lalu
November 18, 2025, 10:08 am
Sumber pencemaran Sungai Perak di Kampung Sungai Papan masih belum dikenal pasti
November 18, 2025, 9:57 am
135 remaja dijangkiti HIV sepanjang 2024 – KKM
November 18, 2025, 9:54 am
Siasatan semula kes kematian pelajar tahfiz bermula, 68 saksi dipanggil - Saifuddin
November 18, 2025, 9:53 am
Siasatan terperinci dilakukan terhadap insiden serangan anak Rafizi
November 18, 2025, 9:48 am
Pencarian lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang bersambung pagi ini
November 18, 2025, 9:42 am
Pemandu lori cedera dalam kemalangan di KM347.8 Lebuhraya PLUS
November 18, 2025, 9:37 am
