Berita Berita
Dua lelaki didakwa bunuh wanita ditemukan tidak berpakaian di Seri Kembangan
PETALING JAYA 17 November - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dan kedua-dua tangan terikat berhampiran Bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, K. Kaarthiek, 26, dan A. Hariprasanth, 23, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha, memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa bersama-sama membunuh mangsa, Saraswathy Chan Chee Keong, 24, di sebuah jalan berhampiran bulatan berkenaan antara pukul 6.18 petang pada 24 Oktober hingga 2.17 pagi, 25 Oktober.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun. Jika tidak dikenakan hukuman mati, kedua-duanya boleh disebat tidak kurang 12 kali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Leong Hui. Peguam S. Sivananthan mewakili Kaarthiek manakala Hariprasanth diwakili peguam Kailash Sharma.
Mahkamah menetapkan 16 Januari 2026 untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia dan forensik.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan penahanan tiga lelaki tempatan berusia 25 hingga 30 tahun susulan penemuan mayat wanita itu yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati berhampiran Bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan.
Berita berkaitan
November 18, 2025, 10:34 am
Lelaki Orang Asli hilang hampir seminggu di Bentong
November 18, 2025, 10:29 am
4,875 kematian jalan raya direkodkan, kerajaan tingkat penguatkuasaan dan teknologi keselamatan
November 18, 2025, 10:15 am
Perbelanjaan pengurusan banduan cecah hampir RM500 juta tahun lalu
November 18, 2025, 10:08 am
Sumber pencemaran Sungai Perak di Kampung Sungai Papan masih belum dikenal pasti
November 18, 2025, 9:57 am
135 remaja dijangkiti HIV sepanjang 2024 – KKM
November 18, 2025, 9:54 am
Siasatan semula kes kematian pelajar tahfiz bermula, 68 saksi dipanggil - Saifuddin
November 18, 2025, 9:53 am
Siasatan terperinci dilakukan terhadap insiden serangan anak Rafizi
November 18, 2025, 9:48 am
Pencarian lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang bersambung pagi ini
November 18, 2025, 9:42 am
Pemandu lori cedera dalam kemalangan di KM347.8 Lebuhraya PLUS
November 18, 2025, 9:37 am
