TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Cikgu Agama dipenjara 7 tahun pegang pinggang murid 13 tahun dalam surau di Seremban

By
|
Kongsi
image

SEREMBAN 17 Nov - Seorang guru Pendidikan Islam dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak murid perempuannya berusia 13 tahun di surau sekolah, tiga tahun lalu.

Menurut laporan Kosmo Online, Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Farid Azhar Nawi, 47, selepas mengambil kira mitigasi rayuan, hujahan pemberatan, fakta kes dan kepentingan awam.

“Mahkamah tidak boleh bertolak ansur dengan kes melibatkan amang seksual ini kerana melibatkan kanak-kanak dan satu kesalahan yang serius.
“Tertuduh yang telah diamanahkan untuk membimbing kanak-kanak, tetapi telah menyalahgunakan kedudukannya sehingga menyebabkan mangsa trauma, mencemarkan nama baik guru agama dan menjatuhkan imej sekolah akibat tindakan ini,” katanya pada prosiding keputusan di akhir pembelaan di sini hari ini.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara tujuh terhadap tertuduh bermula dari tarikh sabitan hari ini.

Selain itu, mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan serta pengawasan polis selama setahun selepas tamat hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan cara menyentuh bagi maksud seksual pinggang seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun ketika kejadian yang mana tertuduh mempunyai hubungan amanah sebagai guru.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 5.30 petang di surau sebuah sekolah menengah di Senawang di sini pada 4 Ogos 2022.

+ - reset