Berita Berita
Razarudin sumbang RM30,000 kepada Pusat Autisme PDRM, guna wang saman dibayar Papagomo
KUALA LUMPUR 17 Nov – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM30,000 kepada Pusat Autisme Polis Diraja Malaysia (PDRM), menggunakan wang yang diperolehinya hasil perintah mahkamah terhadap penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo.
Beliau berkata, sumbangan itu bagi membantu operasi pusat berkenaan yang memerlukan kos bulanan tinggi, termasuk menampung 16 tenaga pengajar bagi sesi pagi dan petang.
“Pusat autisme ini tidak mendapat keuntungan. Setiap bulan kita perlu mengeluarkan kos besar untuk menampung operasi,” katanya selepas menyerahkan bantuan tersebut di PULAPOL Kuala Lumpur hari ini.
Razarudin sebelum ini turut menyumbangkan RM25,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis melalui dua sumbangan berasingan bernilai RM15,000 dan RM10,000.
Mengulas lanjut, Razarudin menjelaskan wang sumbangan itu adalah hasil bayaran yang diperoleh melalui proses mahkamah terhadap Papagomo.
Pada Ogos lalu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 30 hari terhadap Wan Muhammad Azri selepas membenarkan permohonan komital difailkan Razarudin. Mahkamah turut memerintahkan beliau membayar kos RM30,000.
Dalam penghakiman itu, permohonan maaf Papagomo di media sosial pada 1 Mei lalu didapati tidak menunjukkan kekesalan, sekali gus menyumbang kepada hukuman penjara berasingan selama 15 hari bagi setiap kesalahan.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan.
Razarudin turut menegaskan tindakan saman bernilai RM3 juta terhadap Wan Muhammad Azri bukan dibuat atas kapasiti peribadi, sebaliknya bagi mempertahankan institusi Ketua Polis Negara.
“Saya saman bukan sebab duit. Kedudukan KPN tidak wajar difitnah. KPN adalah institusi yang mengetuai seluruh anggota,” katanya, sambil menjangkakan kes itu selesai pada 2026.
Beliau dalam masa sama menggesa lebih banyak pihak tampil membantu Pusat Autisme PDRM yang ditubuhkan lima tahun lalu dan berfungsi sebagai pusat tanggungjawab sosial.
“Kalau boleh, saya meminta agar pusat autisme ini dibantu dan diangkat. Ramai anak-anak polis memerlukan sokongan,” katanya.
Berita berkaitan
November 18, 2025, 10:34 am
Lelaki Orang Asli hilang hampir seminggu di Bentong
November 18, 2025, 10:29 am
4,875 kematian jalan raya direkodkan, kerajaan tingkat penguatkuasaan dan teknologi keselamatan
November 18, 2025, 10:15 am
Perbelanjaan pengurusan banduan cecah hampir RM500 juta tahun lalu
November 18, 2025, 10:08 am
Sumber pencemaran Sungai Perak di Kampung Sungai Papan masih belum dikenal pasti
November 18, 2025, 9:57 am
135 remaja dijangkiti HIV sepanjang 2024 – KKM
November 18, 2025, 9:54 am
Siasatan semula kes kematian pelajar tahfiz bermula, 68 saksi dipanggil - Saifuddin
November 18, 2025, 9:53 am
Siasatan terperinci dilakukan terhadap insiden serangan anak Rafizi
November 18, 2025, 9:48 am
Pencarian lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang bersambung pagi ini
November 18, 2025, 9:42 am
Pemandu lori cedera dalam kemalangan di KM347.8 Lebuhraya PLUS
November 18, 2025, 9:37 am
