Berita Berita
Henti guna istilah ‘tol Genting Highlands’, hanya caj kenderaan - Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR 17 Nov – Semua pihak diminta menghentikan penggunaan istilah tol Jalan Genting Highlands kerana ia mengelirukan orang ramai, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Menurut beliau, perkataan “tol” tidak wajar digunakan kerana ia memberi gambaran seolah-olah melibatkan konsesi tol seperti 33 konsesi lebuh raya lain di negara ini.
“Pada pandangan kami, perkataan tol jangan digunakan sebab ia mengelirukan. Oleh itu, saya kira mungkin boleh ditukar kepada ‘caj kenderaan’,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Ahmad menjelaskan, caj kenderaan yang dikenakan di Jalan Genting Highlands adalah oleh Genting Malaysia Bhd., selaku pemilik laluan persendirian tersebut.
Beliau berkata, syarikat itu juga menanggung risiko jika jumlah pelancong ke kawasan peranginan itu berkurangan akibat caj yang tinggi.
Dalam masa sama, Ahmad menegaskan bahawa pekerja di Genting Highlands tidak wajar dikenakan caj tersebut.
“Orang yang ada tanah di situ atau yang mungkin telah menjual kepada pihak hotel juga perlu dirundingkan. Saya rasa perkara itu perlu dibincang oleh pihak mereka,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan sama ada pengunjung ke Institut Aminuddin Baki (IAB) yang terletak di kawasan tersebut turut dikenakan caj.
“Jalan Batang Kali ke situ adalah laluan umum. Saya kira tidak patut dikenakan caj. Hanya mereka yang ingin pergi bergembira di atas itu yang wajar dikenakan caj.
“Yang melalui bagi tujuan sosial saya tak nampak ia patut dikenakan caj kenderaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Berita berkaitan
November 18, 2025, 10:34 am
Lelaki Orang Asli hilang hampir seminggu di Bentong
November 18, 2025, 10:29 am
4,875 kematian jalan raya direkodkan, kerajaan tingkat penguatkuasaan dan teknologi keselamatan
November 18, 2025, 10:15 am
Perbelanjaan pengurusan banduan cecah hampir RM500 juta tahun lalu
November 18, 2025, 10:08 am
Sumber pencemaran Sungai Perak di Kampung Sungai Papan masih belum dikenal pasti
November 18, 2025, 9:57 am
135 remaja dijangkiti HIV sepanjang 2024 – KKM
November 18, 2025, 9:54 am
Siasatan semula kes kematian pelajar tahfiz bermula, 68 saksi dipanggil - Saifuddin
November 18, 2025, 9:53 am
Siasatan terperinci dilakukan terhadap insiden serangan anak Rafizi
November 18, 2025, 9:48 am
Pencarian lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang bersambung pagi ini
November 18, 2025, 9:42 am
Pemandu lori cedera dalam kemalangan di KM347.8 Lebuhraya PLUS
November 18, 2025, 9:37 am
