Berita Berita
RTM henti tayang episod ‘Santiago of the Seas’ dipercayai ada unsur LGBT
KUALA LUMPUR 18 Nov – Episod 22 siri animasi kanak-kanak Santiago of the Seas dihentikan sementara oleh Jabatan Penyiaran (RTM) susulan dakwaan wujud unsur Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dalam kandungannya.
Dalam kenyataan hari ini, RTM memaklumkan bahawa berdasarkan laporan penilaian awal, pihaknya tidak menemukan sebarang perlakuan atau kemesraan pasangan sejenis, mahupun elemen yang menjurus ke arah hubungan songsang seperti yang didakwa.
“Namun, bagi memastikan tiada elemen yang boleh menimbulkan keraguan atau sensitiviti masyarakat, RTM telah menghentikan siaran animasi berkenaan untuk membuat penelitian lanjut keseluruhan kandungan siri tersebut.
“RTM kekal komited memastikan semua kandungan mematuhi etika penyiaran dan tidak menimbulkan ketidaksenangan mana-mana pihak,” katanya.
RTM turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan merujuk terus kepada jabatan itu untuk maklumat sahih.
Sebelum ini, tular beberapa tangkap layar episod berkenaan yang didakwa memaparkan elemen hubungan songsang, sekali gus mencetuskan kebimbangan ibu bapa dan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai pemantauan kandungan rancangan kanak-kanak.
Berita berkaitan
November 18, 2025, 10:34 am
Lelaki Orang Asli hilang hampir seminggu di Bentong
November 18, 2025, 10:29 am
4,875 kematian jalan raya direkodkan, kerajaan tingkat penguatkuasaan dan teknologi keselamatan
November 18, 2025, 10:15 am
Perbelanjaan pengurusan banduan cecah hampir RM500 juta tahun lalu
November 18, 2025, 10:08 am
Sumber pencemaran Sungai Perak di Kampung Sungai Papan masih belum dikenal pasti
November 18, 2025, 9:57 am
135 remaja dijangkiti HIV sepanjang 2024 – KKM
November 18, 2025, 9:54 am
Siasatan semula kes kematian pelajar tahfiz bermula, 68 saksi dipanggil - Saifuddin
November 18, 2025, 9:53 am
Siasatan terperinci dilakukan terhadap insiden serangan anak Rafizi
November 18, 2025, 9:48 am
Pencarian lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang bersambung pagi ini
November 18, 2025, 9:42 am
Pemandu lori cedera dalam kemalangan di KM347.8 Lebuhraya PLUS
November 18, 2025, 9:37 am
