Berita Berita
LHDN dedah syarikat kartel kereta mewah elak cukai hingga RM70 juta
CYBERJAYA 18 Nov - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) membongkar ketidakpatuhan cukai serius melibatkan sebuah syarikat yang disyaki menjadi sebahagian daripada rangkaian kartel jual beli kenderaan mewah, sehingga menjejaskan hasil negara dengan anggaran pendapatan tidak dilaporkan mencecah RM70 juta.
Dalam kenyataan hari ini, LHDN berkata operasi penguatkuasaan itu dijalankan seiring usaha kerajaan membanteras kartel dan sindiket penyeludupan yang berakar puluhan tahun.
Operasi serentak dijalankan di tiga lokasi sekitar Lembah Klang, membabitkan premis perniagaan syarikat berkenaan, kediaman pengarahnya dan sebuah firma juruaudit.
“Penggeledahan dilakukan bagi mendapatkan dokumen serta bahan bukti berkaitan ketidakpatuhan cukai,” kata LHDN.
Siasatan awal mendapati syarikat itu gagal melaporkan pendapatan sebenar daripada transaksi jualan, dianggarkan sekitar RM70 juta.
Kes kini disiasat di bawah Subseksyen 112(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 terhadap syarikat dan Perenggan 113(1)(a) akta sama terhadap pengarahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan operasi tersebut, sambil menegaskan ia sebahagian daripada tindakan bersasar dalam memperkukuh pematuhan cukai, khususnya dalam sektor transaksi bernilai tinggi seperti kenderaan mewah.
“Ketidakpatuhan yang melibatkan jumlah besar bukan sahaja merencatkan hasil negara, malah menjejaskan keadilan sistem percukaian dan tidak harus dipandang ringan,” katanya.
LHDN turut memaklumkan bahawa tindakan pendakwaan akan diteruskan dalam pelbagai kes pelarian cukai lain, termasuk melibatkan perlombongan emas, penipuan (scam), penyalahgunaan status kebajikan, hasil perjudian, aktiviti haram, serta perniagaan milik warga asing yang gagal melaporkan pendapatan.
“Langkah ini menunjukkan komitmen berterusan LHDN untuk memastikan setiap pihak mematuhi peraturan percukaian dan membendung ketirisan hasil negara,” tegasnya.
Berita berkaitan
November 18, 2025, 1:52 pm
Dewan Rakyat kecoh isu menantu Muhyiddin didakwa lari ke luar negara
November 18, 2025, 1:52 pm
Anwar umum jaminan perlindungan, pendapatan untuk `whistleblower’
November 18, 2025, 1:49 pm
Lelaki ditemui lemas selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang
November 18, 2025, 12:51 pm
'AI perdaya kanak-kanak' - Ahmad Zahid beri amaran risiko siber semakin kritikal
November 18, 2025, 10:34 am
Lelaki Orang Asli hilang hampir seminggu di Bentong
November 18, 2025, 10:29 am
4,875 kematian jalan raya direkodkan, kerajaan tingkat penguatkuasaan dan teknologi keselamatan
November 18, 2025, 10:15 am
Perbelanjaan pengurusan banduan cecah hampir RM500 juta tahun lalu
November 18, 2025, 10:08 am
