TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar umum jaminan perlindungan, pendapatan untuk `whistleblower’

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 18 Nov – Kerajaan bakal memperkenalkan satu mekanisme baharu yang bukan sahaja memberi perlindungan, tetapi turut menyediakan insentif kewangan kepada pendedah maklumat atau whistleblower sebagai jaminan pendapatan lebih baik bagi menggalakkan pembanterasan rasuah secara berkesan.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketetapan itu akan dimasukkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) baharu yang sedang dirangka dan dijangka dibentangkan tidak lama lagi.

“Whistleblower Act, RUU Kebebasan Maklumat (FOI) dan Rang Undang-Undang Ombudsman sedang dirangka oleh menteri yang dipertanggungjawabkan,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN–Pasir Mas) mengenai status pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024–2028.

Menurut Anwar, antara cadangan dimasukkan dalam RUU tersebut adalah memberi pertimbangan terhadap badan-badan yang menyertai program antirasuah secara agresif, termasuk kemungkinan pemberian potongan cukai.

Kaedah itu, jelasnya, bukan sahaja lebih selamat, tetapi juga berupaya menangani isu ketirisan dan kerugian hasil negara.

“Kadar elaun saksi yang sedia memberi kerjasama setakat ini nampak ada kejayaan bermakna. Kejayaan itu bukan sahaja hasil kerja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi semua badan penguatkuasaan.

“Daripada sudut rangka besar anti-rasuah dengan ketirisan, penyeludupan dan kartel, kita berjaya kumpul RM15.5 bilion untuk kantong negara,” katanya.

+ - reset