Berita Berita
(VIDEO) Lelaki selisih ajal, kereta dihempap runtuhan binaan ECRL di MRR2
GOMBAK 18 Nov – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila keretanya dipercayai dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Batu Caves, pada Selasa.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Mangsa difahamkan terselamat selepas berjaya dikeluarkan oleh orang awam beberapa minit sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.47 tengah hari sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi.
Menurut beliau, sebaik jentera pertama tiba pada jam 2.14 petang, komander operasi melaporkan terdapat runtuhan binaan ECRL yang menghempap sebuah kereta jenis Suzuki Swift.
“Bagaimanapun, mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, operasi berkenaan membabitkan tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
Beliau berkata, tiada mangsa lain dilaporkan terlibat dan siasatan lanjut mengenai punca runtuhan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan.
Berita berkaitan
November 18, 2025, 4:50 pm
Mahkamah benarkan Muhyiddin dapat pasport sementara untuk rawatan kanser di UK
November 18, 2025, 4:35 pm
Tiada arahan kepada anggota PDRM undi kerajaan Madani – Mohd Khalid
November 18, 2025, 4:22 pm
7 guru Pengambilan Khas Sarawak letak jawatan, 51 tidak lapor diri
November 18, 2025, 3:21 pm
Sorok lebih 190kg kanabis dalam 'speaker' kereta untuk diedar, lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati
November 18, 2025, 2:58 pm
'Di sekolah guru banyak tugas lain' - Ibu bapa digesa pantau aktiviti 'online' anak, tangani kes buli
November 18, 2025, 2:27 pm
PDRM perketat operasi sulit banteras kartel dadah antarabangsa
November 18, 2025, 1:52 pm
Dewan Rakyat kecoh isu menantu Muhyiddin didakwa lari ke luar negara
November 18, 2025, 1:52 pm
Anwar umum jaminan perlindungan, pendapatan untuk `whistleblower’
November 18, 2025, 1:49 pm
