Berita Berita
7 guru Pengambilan Khas Sarawak letak jawatan, 51 tidak lapor diri
KUCHING 18 Nov – Seramai tujuh guru yang dilantik melalui inisiatif Pengambilan Khas Guru Sarawak telah meletak jawatan, manakala 51 calon lain tidak melapor diri setakat ini.
Menurut laporan Kosmo Online, Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli, ketika dihubungi, berkata antara faktor utama yang menyebabkan situasi itu ialah tawaran pekerjaan lain, penolakan terhadap lokasi penempatan serta masalah peribadi yang dihadapi calon.
Menurut beliau, sehingga November 2025, seramai 1,219 guru telah diterima masuk melalui inisiatif berkenaan, melibatkan 957 guru sekolah rendah dan 262 guru sekolah menengah.
Omar memaklumkan, unjuran pengisian guru selepas penempatan November 2025 menunjukkan jurang kekurangan guru di sekolah rendah dan menengah semakin mengecil, dengan kadar pengisian mencapai 98.59 peratus.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata hampir 53,000 guru baharu telah dilantik dalam tempoh hampir tiga tahun, menjadikan kadar pengisian jawatan guru di sekolah seluruh negara melebihi 98 peratus, iaitu antara tahap tertinggi setakat ini.
Berita berkaitan
November 18, 2025, 4:50 pm
Mahkamah benarkan Muhyiddin dapat pasport sementara untuk rawatan kanser di UK
November 18, 2025, 4:35 pm
Tiada arahan kepada anggota PDRM undi kerajaan Madani – Mohd Khalid
November 18, 2025, 3:32 pm
(VIDEO) Lelaki selisih ajal, kereta dihempap runtuhan binaan ECRL di MRR2
November 18, 2025, 3:21 pm
Sorok lebih 190kg kanabis dalam 'speaker' kereta untuk diedar, lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati
November 18, 2025, 2:58 pm
'Di sekolah guru banyak tugas lain' - Ibu bapa digesa pantau aktiviti 'online' anak, tangani kes buli
November 18, 2025, 2:27 pm
PDRM perketat operasi sulit banteras kartel dadah antarabangsa
November 18, 2025, 1:52 pm
Dewan Rakyat kecoh isu menantu Muhyiddin didakwa lari ke luar negara
November 18, 2025, 1:52 pm
Anwar umum jaminan perlindungan, pendapatan untuk `whistleblower’
November 18, 2025, 1:49 pm
