Berita Politik
MIC terbuka bincang masa depan dalam BN jika dipelawa
SHAH ALAM 21 Nov – MIC menyatakan kesediaan untuk bertemu kepimpinan Barisan Nasional (BN) sekiranya menerima jemputan bagi membincangkan hala tuju parti itu dalam gabungan berkenaan.
Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran, menegaskan bahawa MIC tidak pernah menganggap BN atau UMNO sebagai musuh, malah hubungan antara parti-parti itu sudah terjalin lebih 60 tahun.
“Setakat ini kita belum terima jemputan untuk adakan pertemuan dengan BN. Boleh berjumpa bila-bila masa. Semua orang kena faham, BN atau UMNO dengan MIC bukan musuh pun, kita bersama lebih 60 tahun.
“Apa yang kita buat ini demi masa depan parti kerana kita lihat MIC tidak diberikan ruang. Dan apabila sesuatu keputusan diambil, bukan bermakna MIC hendak ugut sesiapa. MIC tak pernah macam itu dan tak pernah hendak mengecilkan hati sesiapa,” katanya kepada Sinar Harian.
Pada Rabu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata usaha Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, untuk mengatur perjumpaan dengan pimpinan tertinggi MIC adalah pendekatan terbaik bagi mencari titik penyelesaian.
Sebelum ini, MIC ketika AGM ke-79 di Shah Alam sebulat suara menyokong usul menamatkan penyertaan dalam BN dan menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk menentukan masa sesuai bagi berbuat demikian serta membentuk jajaran baharu.
Susulan itu, Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC akan meneliti usul tersebut bagi menentukan langkah seterusnya.
Mengulas mengenai tarikh mesyuarat CWC, Vigneswaran berkata ia akan diadakan dalam masa terdekat.
“Mesyuarat belum diputuskan bila, tapi akan dibuat dalam masa terdekat. Keputusan yang dibuat oleh perwakilan (untuk keluar BN) bukan kerana marah tetapi demi masa depan parti.
“Bukan hendak kecilkan hati sesiapa, tapi apa yang dilakukan ini ibarat anak hendak keluar dari rumah kerana ruang sudah tiada lagi,” ujarnya.
Mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang menghormati dan menerima dengan hati terbuka sebarang keputusan MIC jika memilih untuk keluar BN, Vigneswaran menyambut baik pendirian tersebut.
Beliau turut menasihatkan semua kepimpinan MIC agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu bagi mengelakkan ketegangan berlarutan.
Berita berkaitan
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
PH muktamad tidak bekerjasama dengan BN bagi PRN Melaka
September 24, 2026, 9:52 am
Notis pembatalan RoS: PAS teguh berdiri bersama parti komponen pertahan PN
September 23, 2026, 8:45 pm
PN terima notis tunjuk sebab pembatalan pendaftaran daripada RoS
September 23, 2026, 8:41 pm
