Berita Hiburan
Dr Fie menang hak jagaan tetap tiga anak, syukur Nubhan beri kerjasama
SHAH ALAM 25 Nov - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan hak hadanah atau penjagaan tetap tiga anak pasangan penyanyi Nubhan Ahmad dan bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek (Dr Fie), diberikan kepada Dr Fie.
Keputusan itu membawa kelegaan besar kepada Dr Fie, 35, yang menyifatkan penantian dan proses perundangan berkenaan akhirnya membuahkan hasil memihak kepadanya.
"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dan amat gembira hari ini. Apa-apa pun keutamaan saya tetap pada anak. Alhamdulillah, semua anak akan kembali dengan sayalah.
"Selama ini pun, untuk kes (hadanah) ini membabitkan perbincangan antara peguam saja," katanya sambil menzahirkan penghargaan kepada Nubhan yang memberi kerjasama sepanjang proses tuntutan berlangsung.
Peguam syarie mewakili Dr Fie, Datuk Akberdin Abdul Kadir, berkata faktor kestabilan kerjaya dan kemampuan ibu menguruskan kehidupan anak-anak menjadi pertimbangan mahkamah.
"Pada pandangan saya, pihak ibu pun mempunyai kerjaya yang baik dan semestinya layak untuk penjagaan anak. Mungkin pandangan itu diambil kira.
"Pihak bapa pula, selalu keluar bekerja dan sebagainya. Kecuali kalau ada kekurangan di pihak ibu, tetapi ini kosong (tiada). Jadi sebab itu semua berjalan lancar dan hari ini adalah prosiding perbicaraan pertama dan kita sudah selesaikan semuanya," katanya.
Pada September lalu, Nubhan memfailkan tuntutan hadanah penuh dan interim terhadap tiga anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, selepas sebelum itu mengemukakan permohonan pengesahan perceraian serta lafaz rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Pasangan itu bernikah pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayillle, 3.
Berita berkaitan
February 4, 2026, 10:52 am
Tarian penonton cetus kontroversi, penganjur Makar Fest XL tampil mohon maaf terbuka
January 27, 2026, 12:33 pm
Nora Ariffin tarik balik tuntutan cerai, pilih teruskan perkahwinan
January 23, 2026, 9:15 am
Fazura umum bersara daripada drama televisyen tempatan
January 20, 2026, 10:22 am
Brooklyn Beckham putus hubungan dengan keluarga, dakwa membesar dalam pembohongan
January 14, 2026, 2:42 pm
Filem ‘Ozora’ angkat kisah benar penganiayaan David Ozora di Jakarta
December 28, 2025, 4:39 pm
Rasa seperti renjatan elektrik di dada ketika latihan - Remy Ishak
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
