Berita Berita
Penduduk Georgetown rasai gegaran gempa Sumatera
GEORGE TOWN 27 Nov – Gegaran gempa bumi yang berlaku di barat Sumatera, Indonesia hari ini turut dirasai penduduk di rumah pangsa Ampang Jajar, Butterworth, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penghuni.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada pukul 1.36 tengah hari.
“Pusat Gerakan Operasi menerima maklumat terdapat gegaran di lokasi kejadian. Operasi menyelamat melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth. Pasukan membuat ‘size up’ dan mendapati hanya berlaku gegaran kecil.
“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan tiada kerosakan pada bangunan tersebut,” katanya di sini, sebentar tadi.
Menurut beliau, operasi ditamatkan pada pukul 2.10 petang selepas pemeriksaan mendapati kawasan berkenaan berada dalam keadaan selamat.
Terdahulu, media melaporkan gempa bumi berukuran 6.6 skala Richter menggegarkan Pulau Simeulue, namun setakat ini tiada laporan kerosakan diterima atau amaran tsunami dikeluarkan.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa yang tercetus pada pukul 11.56 pagi (waktu tempatan) berlaku pada kedalaman 25 kilometer.
Berita berkaitan
November 27, 2025, 8:04 pm
Ribut Tropika Senyar dijangka landa Semenanjung tengah malam ini
November 27, 2025, 7:56 pm
Remaja 15 tahun maut terjatuh dari tingkat 24 rumah inap di Melaka
November 27, 2025, 7:48 pm
KPM siap pelan kecemasan hadapi banjir gelombang kedua MTL
November 27, 2025, 7:42 pm
JPN Kedah gantung dan buang sekolah pelajar terlibat pergaduhan
November 27, 2025, 7:37 pm
Banjir: Hujan dua hari sama seperti taburan sebulan
November 27, 2025, 7:32 pm
Kerajaan cadang samakan status pelajar Tingkatan Enam dengan matrikulasi
November 27, 2025, 7:18 pm
Tindakan Shamsul Iskandar letak jawatan bukti integriti Kerajaan Madani - Anwar
November 27, 2025, 6:25 pm
Suspek serang Haresh Deol nak pukul orang lain, mungkin tersalah sasaran - Polis
November 27, 2025, 5:09 pm
