TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

JPN Kedah gantung dan buang sekolah pelajar terlibat pergaduhan

By
|
Kongsi
image

 

ALOR SETAR 27 Nov – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mengambil tindakan tegas dengan menggantung dan membuang sekolah pelajar yang didapati bersalah dalam insiden pergaduhan di sebuah sekolah di negeri ini.

Dalam satu kenyataan, JPN menegaskan pihaknya memandang serius kejadian itu, yang turut melibatkan tindakan awal oleh pihak berkuasa.

“Pihak sekolah telah selesai menjalankan siasatan dalaman yang menyeluruh. Hukuman tegas gantung sekolah dan buang sekolah telah diambil ke atas murid yang bersalah,” menurut kenyataan itu.

JPN Kedah turut menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap isu buli, keganasan dan salah laku murid.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah di Sungai Petani ditemukan pengsan dan mengalami lebam pada badan, dipercayai dibelasah empat rakan sekolah pada Isnin lalu.

Mangsa berusia 16 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah pada jam 9 pagi oleh seorang guru sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim.

Sementara itu, Majistret Mahkamah Sungai Petani, Nor Fazlina Musa, membenarkan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 507B kanun sama, manakala tiga pelajar lain dibebaskan.

+ - reset