Berita Berita
Banjir: Hujan dua hari sama seperti taburan sebulan
BAGAN DATUK 27 Nov – Bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung berpunca daripada taburan hujan luar biasa selama dua hari yang menyamai jumlah hujan untuk tempoh sebulan.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Meor Ismail Meor Akim, berkata situasi itu menyebabkan skala banjir kali ini lebih besar berbanding kejadian sebelum ini.
“Inilah yang menyebabkan banjir turut melanda kawasan baharu yang sebelum ini tidak pernah terjejas. Banjir besar di Perlis kali terakhir berlaku pada 2010, manakala di Perak pada 1984. Jadi, memang luar biasa sedikit tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika meninjau kawasan terjejas di Kampung Sungai Nipah Darat, di sini hari ini.
Meor Ismail memaklumkan bahawa semua sistem amaran banjir serta lebih 100 rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko berfungsi dengan baik, sekali gus membantu proses pemindahan dan mitigasi mangsa.
“Setakat ini, tiada rekod atau laporan sistem amaran tidak berfungsi. Di banyak lokasi yang saya lawati, kebanyakan mangsa sudah berpindah sebelum banjir berlaku.
“Ini menunjukkan sistem berfungsi dengan baik. Saya berada di Perlis dan diberitahu keadaan sama di sana. Di Perak belum terima laporan masalah, dan di Kelantan pun begitu,” jelasnya.
Berita berkaitan
November 27, 2025, 8:04 pm
Ribut Tropika Senyar dijangka landa Semenanjung tengah malam ini
November 27, 2025, 7:56 pm
Remaja 15 tahun maut terjatuh dari tingkat 24 rumah inap di Melaka
November 27, 2025, 7:48 pm
KPM siap pelan kecemasan hadapi banjir gelombang kedua MTL
November 27, 2025, 7:42 pm
JPN Kedah gantung dan buang sekolah pelajar terlibat pergaduhan
November 27, 2025, 7:32 pm
Kerajaan cadang samakan status pelajar Tingkatan Enam dengan matrikulasi
November 27, 2025, 7:18 pm
Tindakan Shamsul Iskandar letak jawatan bukti integriti Kerajaan Madani - Anwar
November 27, 2025, 7:06 pm
Penduduk Georgetown rasai gegaran gempa Sumatera
November 27, 2025, 6:25 pm
Suspek serang Haresh Deol nak pukul orang lain, mungkin tersalah sasaran - Polis
November 27, 2025, 5:09 pm
