Berita Berita
Ribut Tropika Senyar dijangka landa Semenanjung tengah malam ini
KUALA LUMPUR 27 Nov - Ribut Tropika Senyar yang kini bergerak menuju negara dijangka melanda pantai barat Semenanjung pada tengah malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, ribut berkenaan dijangka memasuki kawasan antara sempadan Selangor dan Perak berdasarkan pemantauan rasmi terhadap sistem cuaca tersebut.
Beliau memaklumkan bahawa jalur awan yang mengelilingi mata ribut tropika itu sudah mula memasuki Semenanjung sejak petang tadi.
“Bagaimanapun, kita tidak risau tentang mata ribut tropika itu. Apa yang kita bimbang ialah kawasan luar mata ribut yang membawa hujan sangat lebat.
“Mata ribut hanyalah pusat dan tidak membawa hujan banyak, tetapi bahagian sekelilingnya — terutama di kawasan barat daya mengikut pergerakan ribut — membawa taburan hujan yang besar,” katanya dalam sidang media khas hari ini.
Menurut Mohd Hisham, Ribut Tropika Senyar dijangka membawa hujan berterusan sepanjang 24 jam dengan kelajuan angin mencecah 50 kilometer sejam.
Beliau turut menjelaskan ribut itu berpotensi menghasilkan antara 200 hingga 300 milimeter (mm) hujan dalam tempoh satu jam hingga Sabtu ini.
Sebagai perbandingan, katanya, hujan lebat yang melanda Kelantan dan utara Semenanjung baru-baru ini mencatatkan sehingga 1,000mm dalam empat hari, manakala banjir di Perlis pula disebabkan hujan sekitar 400mm.
“Ribut ini membawa lebih 600mm hujan ketika berada di Aceh sebelum ini. Jadi, kami menjangkakan ia akan sedikit melemah apabila memasuki perairan negara,” katanya.
Awal pagi tadi, MetMalaysia mengeluarkan amaran bahawa Ribut Tropika Senyar sedang bergerak ke arah timur tenggara memasuki perairan Selat Melaka menuju ke barat Semenanjung dengan kelajuan sekitar 24 km/j.
Keadaan itu dijangka menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora di negeri-negeri barat dan tengah Semenanjung mulai 27 November.
MetMalaysia turut mengemas kini amaran ribut tropika, hujan berterusan serta angin kencang dan laut bergelora membabitkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, berkuat kuasa 27 hingga 29 November.
Berita berkaitan
November 27, 2025, 7:56 pm
Remaja 15 tahun maut terjatuh dari tingkat 24 rumah inap di Melaka
November 27, 2025, 7:48 pm
KPM siap pelan kecemasan hadapi banjir gelombang kedua MTL
November 27, 2025, 7:42 pm
JPN Kedah gantung dan buang sekolah pelajar terlibat pergaduhan
November 27, 2025, 7:37 pm
Banjir: Hujan dua hari sama seperti taburan sebulan
November 27, 2025, 7:32 pm
Kerajaan cadang samakan status pelajar Tingkatan Enam dengan matrikulasi
November 27, 2025, 7:18 pm
Tindakan Shamsul Iskandar letak jawatan bukti integriti Kerajaan Madani - Anwar
November 27, 2025, 7:06 pm
Penduduk Georgetown rasai gegaran gempa Sumatera
November 27, 2025, 6:25 pm
Suspek serang Haresh Deol nak pukul orang lain, mungkin tersalah sasaran - Polis
November 27, 2025, 5:09 pm
