Berita Berita
KPM siap pelan kecemasan hadapi banjir gelombang kedua MTL
ARAU 27 Nov – Kementerian Pendidikan (KPM) sudah bersiap sedia dengan pelan kecemasan sekiranya sekolah dilanda banjir susulan gelombang kedua Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda beberapa negeri di utara dan pantai timur.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga termasuk melaksanakan koordinasi bersama agensi pengurusan bencana bagi memastikan maklumat perubahan cuaca, perpindahan mangsa dan lokasi terjejas dapat disalurkan dengan tepat dan segera.
“Selain itu, kita sentiasa bekerjasama dengan agensi berhubung pengurusan bencana kerana mereka berperanan penting dalam penyaluran maklumat terutama pada waktu ini.
“Kita juga ada melaksanakan Ops Payung yang akan menentukan keputusan penting seperti proses pemindahan, pembukaan Pusat Penempatan Sementara (PPS) dan sebagainya. Agensi ini sedang bekerja keras dan semua memberi tumpuan kepada kemungkinan gelombang kedua MTL,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jawi, Jelempok, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Arifin.
Fadhlina turut memaklumkan bahawa KPM sedang menilai kesesuaian untuk meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sekolah yang terjejas banjir sehingga penggal persekolahan tamat tahun ini.
“Kita lihat keadaan cuaca dahulu. Pelaksanaan PdPR tiada masalah, boleh diteruskan sehingga akhir penggal. Jika sekolah sudah pulih, murid boleh kembali seperti biasa. Setakat ini, PdPR adalah pilihan terbaik bergantung kepada permintaan sekolah,” katanya.
Dalam pada itu, Fadhlina turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga wartawan dan ahli Persatuan Wartawan Perlis (PWP), Allahyarham Mohd Asri Shafii, yang meninggal dunia akibat serangan jantung semalam. Sumbangan itu diterima oleh Presiden PWP, Syed Azlan Sayid Hizar.
Berita berkaitan
November 27, 2025, 8:04 pm
Ribut Tropika Senyar dijangka landa Semenanjung tengah malam ini
November 27, 2025, 7:56 pm
Remaja 15 tahun maut terjatuh dari tingkat 24 rumah inap di Melaka
November 27, 2025, 7:42 pm
JPN Kedah gantung dan buang sekolah pelajar terlibat pergaduhan
November 27, 2025, 7:37 pm
Banjir: Hujan dua hari sama seperti taburan sebulan
November 27, 2025, 7:32 pm
Kerajaan cadang samakan status pelajar Tingkatan Enam dengan matrikulasi
November 27, 2025, 7:18 pm
Tindakan Shamsul Iskandar letak jawatan bukti integriti Kerajaan Madani - Anwar
November 27, 2025, 7:06 pm
Penduduk Georgetown rasai gegaran gempa Sumatera
November 27, 2025, 6:25 pm
Suspek serang Haresh Deol nak pukul orang lain, mungkin tersalah sasaran - Polis
November 27, 2025, 5:09 pm
