TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Remaja 15 tahun maut terjatuh dari tingkat 24 rumah inap di Melaka

By
|
Kongsi
image

MELAKA – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 24 sebuah rumah inap di Taman Kota Syahbandar, di sini, petang tadi.

Mangsa, yang datang bercuti ke Melaka bersama ibu bapanya sejak minggu lalu, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan bawah bangunan oleh seorang pekerja keselamatan kira-kira jam 2.00 petang sebelum kejadian dimaklumkan kepada polis.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati bapa mangsa mula menyedari sesuatu tidak kena apabila anaknya tidak kembali ke unit penginapan selepas diminta turun mengambil pesanan makanan sekitar jam 1.30 petang.

“Selepas lebih 20 minit menunggu, lelaki itu turun ke bawah untuk mencari anaknya setelah gagal menghubungi telefon bimbit remaja berkenaan. Ketika itu, dia dimaklumkan bahawa kad akses unit mereka ditemukan di tingkat 24,” katanya.

Pegawai keselamatan kemudian membawa bapa mangsa ke lokasi penemuan kad akses sebelum disahkan remaja itu sudah meninggal dunia di kawasan bawah bangunan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat. Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.

+ - reset