Berita Berita
Tindakan Shamsul Iskandar letak jawatan bukti integriti Kerajaan Madani - Anwar
KUALA LUMPUR 27 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, susulan dikaitkan dengan dakwaan rasuah mencerminkan komitmen tinggi Kerajaan Madani terhadap prinsip integriti dan ketelusan.
Menurut Anwar, keputusan itu merupakan satu tindakan luar biasa yang tidak pernah menjadi amalan dalam pentadbiran sebelumnya.
"Beliau terus meletak jawatan dan meminta siasatan dijalankan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Mana ada dulu macam itu? Ini ada tuduhan terus berhenti dan panggil SPRM siasat. Barulah kita ada integriti.
"Dulu, kalau Perdana Menteri disiasat, menantu lari ke luar negara. Nak cakap soal integriti, integriti apa itu?” katanya menurut laporan Bernama.
Anwar berkata demikian ketika sesi townhall program PMX Sayang Sabah Bersama Anak Muda Inanam, di sini, hari ini.
Perdana Menteri turut menegaskan bahawa beliau sentiasa mengingatkan semua petugasnya supaya bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya terlibat dalam sebarang salah laku yang boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan.
"Saya pesan kepada staf saya, jika didapati bersalah, kamu perlu menanggung padahnya, siasatan menyeluruh, bawa ke mahkamah, baru betul kita jaga negara ini,” kata beliau.
Menurut Anwar, untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya, asasnya perlu bertunjangkan tatakelola pemerintahan yang baik dan berteraskan integriti.
Pada Selasa, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri selepas dikaitkan dengan dakwaan yang boleh menjejaskan imej Kerajaan Madani, selain memohon siasatan dijalankan terhadap dirinya.
Berita berkaitan
November 27, 2025, 8:04 pm
Ribut Tropika Senyar dijangka landa Semenanjung tengah malam ini
November 27, 2025, 7:56 pm
Remaja 15 tahun maut terjatuh dari tingkat 24 rumah inap di Melaka
November 27, 2025, 7:48 pm
KPM siap pelan kecemasan hadapi banjir gelombang kedua MTL
November 27, 2025, 7:42 pm
JPN Kedah gantung dan buang sekolah pelajar terlibat pergaduhan
November 27, 2025, 7:37 pm
Banjir: Hujan dua hari sama seperti taburan sebulan
November 27, 2025, 7:32 pm
Kerajaan cadang samakan status pelajar Tingkatan Enam dengan matrikulasi
November 27, 2025, 7:06 pm
Penduduk Georgetown rasai gegaran gempa Sumatera
November 27, 2025, 6:25 pm
Suspek serang Haresh Deol nak pukul orang lain, mungkin tersalah sasaran - Polis
November 27, 2025, 5:09 pm
