Berita Ekonomi
Perodua perkenal EV pertama QV-E berharga RM80,000
KUALA LUMPUR 1 Dis – Perodua melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama mereka, QV-E, pada harga RM80,000, sekali gus menandakan langkah penting syarikat itu dalam menyokong agenda nasional membangunkan ekosistem EV.
Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, berkata pembangunan model QV-E membabitkan pelaburan RM800 juta dan dihasilkan di kemudahan pengilangan terbaharu Perodua, Smart Mobility Plant.
“Pada masa ini, kami boleh mengeluarkan 500 unit sebulan, tetapi angka itu akan meningkat kepada 3,000 unit sebulan menjelang suku ketiga 2026,” katanya.
QV-E dilengkapi bateri Lithium Iron Phosphate 52.5kW yang mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 445 kilometer (NEDC), bergantung kepada gaya pemanduan, suhu serta keadaan jalan.
“Model ini juga hadir dengan ciri keselamatan terbaharu termasuk sistem pengesanan dan amaran kanak-kanak (Child Presence Detection),” tambahnya.
Berita berkaitan
September 2, 2026, 12:18 pm
Ringgit Ease pelihara pasaran kewangan Islam menerusi pelancaran platform finEZ
August 26, 2026, 2:33 pm
Proton sasar jualan 200,000 unit tahun ini, tertinggi dalam tempoh 15 tahun
August 3, 2026, 12:43 pm
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta-merta
July 22, 2026, 3:03 pm
Berhenti tepuk tangan gembira bila bangsa usahawan jatuh — Azizan Osman
July 9, 2026, 4:02 pm
OPR kekal 2.75 peratus, ekonomi semakin kukuh
July 8, 2026, 3:08 pm
Dr. Hanafi dilantik CEO baharu Estika Medispa, catat lonjakan jualan 100 peratus
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
