Berita Dunia
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
JOHANNESBURG 1 Dis - Afrika Selatan, Eswatini dan Zambia memulakan penggunaan suntikan pencegahan HIV terbaharu, Lenacapavir, dalam pelaksanaan awam pertama di Afrika benua yang menanggung beban jangkitan HIV tertinggi di dunia.
Lenacapavir yang diberikan dua kali setahun terbukti mengurangkan risiko jangkitan HIV lebih 99.9 peratus, sekali gus dianggap hampir menyamai keberkesanan vaksin.
Di Afrika Selatan, pelaksanaan awal dipantau oleh Unit Penyelidikan Universiti Wits sebagai sebahagian inisiatif dibiayai Unitaid.
“Ia antara penggunaan sebenar terawal suntikan berkala enam bulan di negara berpendapatan rendah dan sederhana,” menurut Unitaid dalam kenyataan rasmi.
Walaupun jumlah penerima awal tidak didedahkan, pelaksanaan berskala lebih besar dijangka bermula tahun hadapan. Sebagai perbandingan, kos rawatan di Amerika Syarikat mencecah AS$28,000 setahun bagi setiap individu.
Sementara itu, Zambia dan Eswatini menerima 1,000 dos bulan lalu melalui program Amerika Syarikat dan melancarkan penggunaan rasmi sempena Hari AIDS Sedunia pada Isnin.
Di bawah program khas itu, pengeluar ubat Gilead Sciences bersetuju membekalkan Lenacapavir tanpa keuntungan kepada dua juta individu berisiko tinggi dalam tempoh tiga tahun. Namun, pengkritik menyifatkan jumlah itu belum mencukupi dan harga pasaran masih terlalu tinggi untuk kebanyakan pesakit.
Data terkini UNAIDS bagi 2024 menunjukkan Afrika Timur dan Selatan menyumbang kira-kira 52 peratus daripada 40.8 juta penghidap HIV di seluruh dunia.
Bagi menambah akses, versi generik dijangka tersedia mulai 2027 pada harga sekitar AS$40 setahun di lebih 100 negara hasil perjanjian antara Unitaid dan Yayasan Gates dengan syarikat farmaseutikal India.
Sebelum ini, PrEP (profilaksis pra-pendedahan) digunakan lebih sedekad, namun kebergantungan kepada pil harian mengehadkan impak global terhadap kadar jangkitan. — AFP
Berita berkaitan
July 31, 2026, 11:25 am
Kerajaan Sepanyol arah tentera kawal ratusan migran berenang dari Maghribi ke Ceuta
July 30, 2026, 11:53 am
CCTV rakam kucing kesan gempa bumi lebih awal di Jepun
July 29, 2026, 5:54 pm
Ahli politik Kanada dikecam lepas baca arahan AI masa sidang dewan
July 28, 2026, 6:23 pm
Nyaris dibawa arus, aksi 'heroic' pengawal pantai selamatkan nyawa kanak-kanak dipuji ramai
July 28, 2026, 3:47 pm
Remaja 15 tahun ditahan susulan insiden tembakan di 'food fest'
July 27, 2026, 8:05 pm
'Tak sangka jadi macam ini', aisbeg gergasi terbalik depan mata
July 27, 2026, 11:15 am
Rupiah susut teruk akibat konflik Asia Barat, Gabenor Bank Indonesia letak jawatan lebih awal
July 26, 2026, 8:12 pm
Tiada rakyat Malaysia terjejas di Berlin
July 26, 2026, 4:15 pm
Trump arah tentera AS tangguh serangan ke atas Iran
July 26, 2026, 1:03 pm
