Berita Berita
Mayat wanita dalam beg disahkan Suri Narudin
REMBAU 24 Dis – Misteri penemuan mayat seorang wanita di dalam beg di sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, di sini, terjawab apabila polis mengesahkan identiti mangsa sebagai Suri Narudin.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pengesahan identiti itu dibuat hasil pemeriksaan dan perbandingan cap jari oleh pihak polis.
Menurut beliau, satu set cap jari mangsa telah dikemukakan ke Pejabat Pendaftaran Penjenayah Malaysia, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tujuan semakan.
“Hasil pemeriksaan dan perbandingan cap jari mendapati ia sepadan dengan rekod dalam Sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atas nama Suri Narudin yang dilaporkan hilang menerusi laporan polis di Balai Polis Ampang pada 15 Disember 2025,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, polis turut menerima laporan analisis DNA daripada Jabatan Kimia Malaysia yang menunjukkan hubungan kekeluargaan dengan ahli keluarga wanita terbabit.
“Keputusan analisis DNA mendapati spesimen yang dianalisis menunjukkan hubungan kekeluargaan terdekat iaitu adik-beradik kandung dengan kebarangkalian yang sangat tinggi.
“Penemuan ini sekali gus mengukuhkan pengesahan identiti mayat sebagai Suri Binti Narudin,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan agar menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau atau mana-mana balai polis berhampiran.
“Polis Diraja Malaysia memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus, profesional dan berlandaskan undang-undang,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat seorang wanita di dalam beg di sebuah rumah di Rembau pada 18 Disember lalu, yang dikaitkan dengan kehilangan Suri Narudin, 53, sejak 8 Disember.
Susulan penemuan itu, polis menahan dua lelaki, masing-masing di Melaka dan Genting Sempah, Bentong, Pahang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Identiti mangsa sebelum ini sukar dikenal pasti berikutan keadaan mayat yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia lebih tiga hari sebelum ditemui.
Berita berkaitan
December 24, 2025, 6:46 pm
Selangor negeri paling tinggi kos kehidupan wajar, Pantai Timur antara terendah - DOSM
December 24, 2025, 6:36 pm
Harga RON97 dan RON95 tanpa subsidi turun bermula esok
December 24, 2025, 6:21 pm
Warga asing di Malaysia dianggarkan seramai 3.38 juta pada 2025
December 24, 2025, 2:03 pm
Trafik perlahan di lebuh raya utama susulan cuti sekolah, sambutan Krismas
December 24, 2025, 1:56 pm
JAKIM panggil individu Islam hadiri upacara di gereja
December 24, 2025, 1:52 pm
JKM nafi keluarkan kad warga emas rasmi Malaysia
December 24, 2025, 12:18 pm
Bekas menteri ketika era pra-COVID dalam radar SPRM
December 24, 2025, 12:05 pm
MB Perlis dibenarkan keluar hospital, kini berehat di kediaman
December 24, 2025, 12:00 pm
