Berita Berita
Harga RON97 dan RON95 tanpa subsidi turun bermula esok
KUALA LUMPUR 24 Dis – Kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak lapan sen kepada RM3.16 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi turun enam sen kepada RM2.56 seliter bermula esok.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga diesel di Semenanjung Malaysia turut diturunkan sebanyak lapan sen kepada RM2.94 seliter sehingga 31 Disember ini.
Menurut kementerian, penetapan harga berkenaan dibuat selaras dengan perubahan harga pasaran minyak dunia serta pelarasan mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia serta menyokong kestabilan harga,” katanya.
Dalam kenyataan sama, Kementerian Kewangan menjelaskan harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah program BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter, manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.
Sebagai perbandingan, bagi tempoh 18 hingga 24 Disember tahun ini, harga runcit RON97 ditetapkan pada RM3.24 seliter, RON95 tanpa subsidi RM2.62 seliter dan diesel di Semenanjung Malaysia RM3.02 seliter.
Berita berkaitan
December 24, 2025, 8:39 pm
'Sebagai membalas setiap jasa beliau...' - Pemimpin UMNO Pahang tawar ganti Najib jalani hukuman penjara
December 24, 2025, 8:34 pm
Mahkamah arah Malindo Airways bayar RM1.44 juta kepad tiga bekas juruterbang
December 24, 2025, 6:46 pm
Selangor negeri paling tinggi kos kehidupan wajar, Pantai Timur antara terendah - DOSM
December 24, 2025, 6:21 pm
Warga asing di Malaysia dianggarkan seramai 3.38 juta pada 2025
December 24, 2025, 2:03 pm
Trafik perlahan di lebuh raya utama susulan cuti sekolah, sambutan Krismas
December 24, 2025, 1:56 pm
JAKIM panggil individu Islam hadiri upacara di gereja
December 24, 2025, 1:52 pm
JKM nafi keluarkan kad warga emas rasmi Malaysia
December 24, 2025, 1:46 pm
Mayat wanita dalam beg disahkan Suri Narudin
December 24, 2025, 12:18 pm
