Berita Berita
Warga asing di Malaysia dianggarkan seramai 3.38 juta pada 2025
KUALA LUMPUR 24 Dis – Statistik Migrasi Antarabangsa Malaysia 2025 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan anggaran jumlah penduduk bukan warganegara di negara ini seramai 3.38 juta orang.
DOSM memaklumkan menerusi laman web rasminya bahawa peratusan penduduk bukan warganegara pada 2025 mencatat penurunan sebanyak 0.1 mata peratus berbanding 2024.
Menurut jabatan itu, kadar pertumbuhan tahunan penduduk bukan warganegara menurun daripada 13.6 peratus pada 2024 kepada -0.5 peratus pada 2025.
“Nisbah jantina penduduk bukan warganegara di Malaysia adalah 228 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala umur penengah ialah 29.2 tahun, meningkat 0.2 tahun berbanding 29.0 tahun pada 2024.
“Komposisi penduduk bukan warganegara umur bekerja antara 15 hingga 64 tahun menurun kepada 79.8 peratus atau 2.70 juta orang pada 2025, berbanding 79.9 peratus atau 2.71 juta orang pada 2024, manakala nisbah tanggungan jumlah kekal tidak berubah iaitu 25.2 bagi kedua-dua tahun,” jelas DOSM.
DOSM turut memaklumkan Statistik Migrasi Antarabangsa Malaysia 2025 merupakan penerbitan sulung yang membentangkan statistik migrasi antarabangsa di Malaysia.
Menurutnya, penerbitan pertama itu memberi tumpuan kepada penyusunan data anggaran semasa penduduk bukan warganegara bagi tahun 2025 di peringkat nasional, negeri dan daerah pentadbiran.
Selain itu, DOSM menjelaskan statistik satelit berkaitan stok penduduk bukan warganegara di Malaysia serta warganegara Malaysia di luar negara turut dimuatkan sebagai indikator tambahan dan pelengkap dalam penerbitan berkenaan.
Berita berkaitan
December 24, 2025, 6:46 pm
Selangor negeri paling tinggi kos kehidupan wajar, Pantai Timur antara terendah - DOSM
December 24, 2025, 6:36 pm
Harga RON97 dan RON95 tanpa subsidi turun bermula esok
December 24, 2025, 2:03 pm
Trafik perlahan di lebuh raya utama susulan cuti sekolah, sambutan Krismas
December 24, 2025, 1:56 pm
JAKIM panggil individu Islam hadiri upacara di gereja
December 24, 2025, 1:52 pm
JKM nafi keluarkan kad warga emas rasmi Malaysia
December 24, 2025, 1:46 pm
Mayat wanita dalam beg disahkan Suri Narudin
December 24, 2025, 12:18 pm
Bekas menteri ketika era pra-COVID dalam radar SPRM
December 24, 2025, 12:05 pm
MB Perlis dibenarkan keluar hospital, kini berehat di kediaman
December 24, 2025, 12:00 pm
