TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

JAKIM panggil individu Islam hadiri upacara di gereja

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 24 Dis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil individu beragama Islam yang didakwa menghadiri satu upacara berbaur ritual keagamaan di gereja, yang tular baru-baru ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya sedang meneliti dakwaan itu dengan serius dan individu terbabit bukan pegawai JAKIM.

Beliau menjelaskan, JAKIM bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama negeri serta agensi berkaitan untuk memastikan penilaian dibuat secara menyeluruh berlandaskan perundangan sedia ada.

“Bagi memastikan penelitian yang adil dan menyeluruh, JAKIM telah mengadakan pertemuan dengan saudara Ahmad Iqram Mohamad Noor bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung isu yang dibangkitkan.

“JAKIM sentiasa komited memelihara kesucian akidah umat Islam. Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat dipohon membuat laporan rasmi kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Iqram yang juga pendakwa bebas memuat naik hantaran di Facebook mengenai beberapa individu bergelar ‘ustaz’ yang dikaitkan dengan JAKIM serta agensi agama beberapa negeri, menghadiri upacara pluralisme agama yang dianjurkan di gereja. Program berkenaan dinamakan sebagai upacara “Interfaith Water Ceremony” atau “Unity Water Ceremony” dan dianggap simbolik penyatuan antara agama.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) memaklumkan kehadiran pegawainya ke program itu pada November 2018 adalah untuk meraikan pasangan berkahwin yang melibatkan pelbagai latar belakang bangsa dan agama. Pegawai JHEAIPP hanya membaca doa khusus bagi pasangan Muslim yang hadir, manakala program itu dianjurkan oleh Kerajaan Pulau Pinang.

+ - reset