Berita Sukan
Arif Aiman ranking keempat dunia statistik gelecekan, satu-satunya wakil Asia
KUALA LUMPUR 3 Jan – Pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman Mohd Hanapi terus mencipta sensasi di pentas antarabangsa apabila menduduki ranking keempat dunia bagi statistik gelecekan dalam liga divisyen utama, menurut data yang dikeluarkan platform statistik bola sepak, Sofascore.
Lebih membanggakan, tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu muncul sebagai satu-satunya pemain dari Asia yang tersenarai dalam kelompok elit berkenaan.
Pemain berusia 23 tahun itu mencatatkan 224 gelecekan berjaya daripada 35 perlawanan, sekali gus mengatasi bintang Manchester City, Jeremy Doku, yang merekodkan 212 gelecekan berjaya hasil 52 penampilan.
Kedudukan teratas dikuasai bintang muda Barcelona, Lamine Yamal, dengan 307 gelecekan berjaya daripada 61 perlawanan, diikuti pemain Brazil, Guilherme Smith, yang merekodkan 251 gelecekan daripada 25 perlawanan.
Penyerang Honduras, José Mario Pinto, pula berada di tangga ketiga dengan 238 gelecekan berjaya daripada 53 perlawanan.
Sementara itu, Arif Aiman kini sedang menjalani tempoh rehat panjang selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan hamstring yang memerlukan beliau menjalani pembedahan oleh doktor sukan terkenal, Lasse Lempaine.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
Gagal atasi Malaysia, penyokong Indonesia sekat 'fans' Malaysia daripada keluar stadium
September 26, 2026, 2:17 pm
