Berita Berita
Mahkamah Tinggi benarkan Abdul Kadir beri keterangan walaupun muflis
KUALA LUMPUR 6 Jan – Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa memutuskan bahawa bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dibenarkan memberi keterangan dalam kes saman terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman, walaupun beliau berstatus muflis.
Hakim Roslan Mat Nor berkata, seseorang yang disahkan muflis tidak dikecualikan daripada memberikan keterangan di mahkamah, malah Abdul Kadir selaku plaintif juga tidak dihalang daripada meneruskan saman berkenaan walaupun tertakluk di bawah Akta Insolvensi 1967.
“Plaintif masih berhak walaupun tiada kebenaran atau ‘sanction’ diberikan oleh mahkamah,” katanya.
Terdahulu, peguam Zulfahmi Abu Bakar yang mewakili Aliff Syukri membangkitkan isu status muflis Abdul Kadir, dengan berhujah bahawa plaintif tidak layak memberi keterangan tanpa mendapatkan ‘sanction’ terlebih dahulu.
Bagaimanapun, peguam Ravichandaran Selliah yang mewakili Abdul Kadir berhujah bahawa anak guamnya berhak memulakan dan meneruskan tindakan saman mengikut Seksyen 38 Akta Insolvensi 1967, selain tiada keperluan mendapatkan kebenaran mahkamah.
Menurutnya, berdasarkan kes terdahulu, mahkamah telah membenarkan individu berstatus muflis untuk memberi keterangan serta meneruskan saman sehingga akhir perbicaraan.
Abdul Kadir, 86, memfailkan saman pada 6 September 2023 dengan mendakwa Aliff Syukri telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya di media sosial pada 2 Julai 2023.
Beliau mendakwa kenyataan itu memberi gambaran seolah-olah beliau berhutang berjuta-juta ringgit kepada defendan, selain memaparkan gambarnya yang mengundang pelbagai komen negatif.
Sehubungan itu, plaintif menuntut antaranya ganti rugi RM70 juta bagi libel, ganti rugi tambahan yang akan dinilai mahkamah, perintah aku janji bertulis supaya defendan tidak mengulangi fitnah, serta permohonan maaf tanpa syarat yang disiarkan di media sosial defendan.
Sementara itu, Aliff Syukri dalam pernyataan pembelaannya mendakwa beliau telah membuat bayaran pelaburan sebanyak RM30 juta berdasarkan perjanjian usaha sama bertarikh 26 November 2018, namun mendakwa terdapat kegagalan dan pelanggaran janji oleh pihak-pihak terlibat yang diketahui oleh plaintif sendiri.
Berita berkaitan
January 7, 2026, 7:35 pm
Budak 10 tahun ditemui kelaparan, cedera di Nilai, polis tahan ibu kandung, bapa tiri
January 7, 2026, 2:46 pm
'Mungkin sudah tiba masa untuk undur diri' - Akmal Saleh
January 7, 2026, 2:21 pm
Shuib kena denda RM10,000, promosi vape dalam podcast
January 7, 2026, 1:34 pm
Samirah, dua remaja kekal dilepas dan dibebaskan kes bunuh CEO Cradle Fund
January 7, 2026, 10:23 am
Agong zahir nasihat tegas, pastikan warga tentera darat pegang teguh integriti, amanah
January 6, 2026, 6:40 pm
UMNO perlu hentikan perdebatan dalaman, fokus susun kekuatan BN - Nurulhidayah
January 6, 2026, 6:28 pm
UMNO main peranan penting pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan
January 6, 2026, 6:02 pm
Tun M disahkan patah pinggul selepas terjatuh di kediaman
January 6, 2026, 5:42 pm
