Berita Berita
Samirah, dua remaja kekal dilepas dan dibebaskan kes bunuh CEO Cradle Fund
PUTRAJAYA 7 Jan – Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar serta dua remaja daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, lapan tahun lalu.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais, selepas menolak rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.
“Setelah meneliti alasan bertulis Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, kami tidak mendapati apa-apa kesalahan terhadap sebab-sebab yang diberikan oleh kedua-dua mahkamah ketika membebaskan ketiga-tiga responden daripada pertuduhan.
"Berdasarkan hujahan bertulis dan lisan perayu dan responden, kami tidak dapat menyatakan pertuduhan dibuktikan secara prima facie di akhir pendakwaan. Pihak pendakwaan gagal membuktikan antara lainnya ketiga-tiga tertuduh mempunyai niat bersama untuk menyebabkan kecederaan yang akhirnya boleh menyebabkan kematian,” kata Hakim Abu Bakar Jais.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan.
Mengikut pertuduhan, Samirah, dua remaja terbabit dan seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara pukul 11.30 malam pada 13 Jun 2018 hingga pukul 4 pagi 14 Jun 2018.
Pada 21 Jun 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Ab Karim Ab Rahman, melepas dan membebaskan ketiga-tiga responden selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah, 51, dan dua remaja berusia 21 dan 24 tahun.
Rayuan di Mahkamah Persekutuan ini merupakan tindakan terakhir pihak pendakwaan untuk mencabar keputusan dua mahkamah terdahulu. Sebelum ini, pada 8 Februari 2024, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 Jun 2022 menegaskan pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa Nazrin dibunuh antara 11.30 malam 13 Jun 2018 hingga 4 pagi 14 Jun 2018.
Samirah dan dua remaja itu pertama kali dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh Nazrin pada 4 Mac 2019 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 12 Mac 2019.
Turut berhadapan tuduhan sama ialah pembantu rumah warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari, yang dipercayai bersubahat tetapi masih bebas.
Perbicaraan bermula 6 September 2019 dan pihak pendakwaan menutup kes pada 14 Februari 2022 selepas memanggil 57 saksi, termasuk abang dan kakak Nazrin, Dr. Abdul Aziz dan Dr. Malek Reedzwan, serta saksi lain seperti Che Elainee dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Edwin Galan Anak Teruki.
Berita berkaitan
January 8, 2026, 10:59 pm
AGC putuskan tiada tindakan lanjut 47 pertuduhan ke atas Ahmad Zahid
January 7, 2026, 7:35 pm
Budak 10 tahun ditemui kelaparan, cedera di Nilai, polis tahan ibu kandung, bapa tiri
January 7, 2026, 2:46 pm
'Mungkin sudah tiba masa untuk undur diri' - Akmal Saleh
January 7, 2026, 2:21 pm
Shuib kena denda RM10,000, promosi vape dalam podcast
January 7, 2026, 10:23 am
Agong zahir nasihat tegas, pastikan warga tentera darat pegang teguh integriti, amanah
January 6, 2026, 6:40 pm
UMNO perlu hentikan perdebatan dalaman, fokus susun kekuatan BN - Nurulhidayah
January 6, 2026, 6:34 pm
Mahkamah Tinggi benarkan Abdul Kadir beri keterangan walaupun muflis
January 6, 2026, 6:28 pm
UMNO main peranan penting pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan
January 6, 2026, 6:02 pm
