Berita Berita
MCMC sekat sementara akses AI Grok di Malaysia
KUALA LUMPUR 12 Jan - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil langkah tegas dengan menyekat sementara akses kepada kecerdasan buatan (AI) Grok bagi pengguna di Malaysia, berkuat kuasa hari ini, susulan kebimbangan serius terhadap penyalahgunaan teknologi itu.
Menurut MCMC dalam satu kenyataan, hari ini, tindakan itu diambil susulan penyalahgunaan Grok berulang kali untuk menjana kandungan lucah, kandungan seksual eksplisit, kandungan tidak senonoh yang jelik melampau, serta imej manipulasi tanpa persetujuan.
"Ia termasuk kandungan membabitkan wanita dan kanak-kanak. Perkara itu berlaku walaupun libat urus kawal selia sudah dikeluarkan kepada X Corp dan xAI LLC," kanya.
Menurut kenyataan itu lagi, MCMC sudah mengeluarkan notis kepada X Corp serta xAI LLC pada 3 dan 8 Januari lalu.
MCMC memaklumkan, notis itu antara lain menuntut pelaksanaan langkah perlindungan teknikal serta penyelia kandungan yang berkesan bagi mencegah kandungan janaan AI yang mungkin melanggar undang-undang Malaysia, termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Bagaimanapun, maklum balas dikemukakan X Corp pada 7 dan 9 Januari 2026 hanya memberikan tumpuan utama kepada mekanisme pelaporan yang dimulakan oleh pengguna, serta gagal menangani risiko sedia ada yang wujud hasil reka bentuk dan pengoperasian alat AI berkenaan.
"MCMC mendapati perkara ini tidak memadai untuk mencegah kemudaratan serta memastikan pematuhan kepada undang-undang," katanya.
Justeru, MCMC menjelaskan, sekatan berkenaan dikenakan sebagai langkah pencegahan yang wajar sementara proses perundangan dan kawal selia masih berjalan.
"Sekatan akses kepada Grok akan kekal hingga langkah perlindungan yang berkesan dilaksanakan, khususnya bagi mencegah kandungan membabitkan wanita dan kanak-kanak.
"MCMC kekal terbuka untuk libat urus dengan X Corp dan xAI LLC, tertakluk kepada pematuhan yang dapat dibuktikan terhadap undang-undang negara.
"Orang awam digesa melaporkan kandungan dalam talian yang memudaratkan, kepada MCMC dengan segera dan jika perlu, membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)," menurut kenyataan itu lagi.
Selain Malaysia, Indonesia turut dilaporkan menyekat sementara akses kepada Grok - sistem AI milik Elon Musk, yang kini disepadukan dengan platform X.
Tindakan itu diambil selepas timbul kebimbangan mengenai kandungan pornografi dan seksual 'deepfake' yang dihasilkan oleh AI.
Berita berkaitan
January 12, 2026, 11:32 am
KPM minta sedikit masa jalankan kajian menyeluruh kembalikan UPSR, PT3 - Fadhlina
January 12, 2026, 11:02 am
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim didakwa salah guna dana derma RM207,000 untuk Palestin
January 12, 2026, 10:49 am
Anwar ucap selamat kembali ke sekolah, titip pesanan buat murid Tahun 1, ibu bapa
January 11, 2026, 6:36 pm
Azam Baki sahkan Panglima tentera dipanggil SPRM kes rasuah terbaru
January 11, 2026, 2:41 pm
Ketegangan di Iran: Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada, patuh arahan pihak berkuasa
January 11, 2026, 12:22 pm
Pelajar 15 tahun maut hari pertama persekolahan di Terengganu
January 11, 2026, 12:09 pm
'Wakil rakyat boleh cuba duduk sebelah ladang babi, rasai pengalaman sebenar penduduk' - Sultan Selangor
January 11, 2026, 11:58 am
Tragedi budak ditarik ombak: Mayat Muhammad Zarif ditemukan awal pagi tadi
January 11, 2026, 11:37 am
