Berita Berita
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim didakwa salah guna dana derma RM207,000 untuk Palestin
KUALA LUMPUR 12 Jan - Seorang pengerusi pertubuhan kebajikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dakwaan menyalahgunakan harta pertubuhan berjumlah RM207,000 yang berlaku tujuh tahun lalu.
Tertuduh, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Mohd Hakim Mohd Nor, didakwa menyalahgunakan wang derma yang dikumpul bagi misi bantuan kemanusiaan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Myanmar, Yaman, Syria dan Palestin.
Mohd Hakim, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai pengerusi pertubuhan itu secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim yang berada di Maybank Islamic Berhad, Cawangan Kompleks Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin di sini pada 27 Disember 2019.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
January 12, 2026, 12:20 pm
Agihan BAP RM150 bernula hari ini, ikut kesiapsiagaan sekolah
January 12, 2026, 11:32 am
KPM minta sedikit masa jalankan kajian menyeluruh kembalikan UPSR, PT3 - Fadhlina
January 12, 2026, 10:49 am
Anwar ucap selamat kembali ke sekolah, titip pesanan buat murid Tahun 1, ibu bapa
January 12, 2026, 7:57 am
MCMC sekat sementara akses AI Grok di Malaysia
January 11, 2026, 6:36 pm
Azam Baki sahkan Panglima tentera dipanggil SPRM kes rasuah terbaru
January 11, 2026, 2:41 pm
Ketegangan di Iran: Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada, patuh arahan pihak berkuasa
January 11, 2026, 12:22 pm
Pelajar 15 tahun maut hari pertama persekolahan di Terengganu
January 11, 2026, 12:09 pm
