Berita Berita
KPM minta sedikit masa jalankan kajian menyeluruh kembalikan UPSR, PT3 - Fadhlina
SHAH ALAM 12 Jan - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan kajian terperinci sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung cadangan mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kajian itu perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi menilai sistem pentaksiran yang telah dilaksanakan sejak sekian lama, termasuk keberkesanannya terhadap perkembangan murid secara holistik.
"Kita mohon sedikit masa kerana kajian ini sedang dijalankan dan mandat sudah saya berikan kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).
"Di peringkat KPM, kita sudah mempunyai pandangan-pandangan awal dan kita akan buat kajian yang menyeluruh sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan selanjutnya. Jadi bagi kita masa," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau hari pertama pembukaan sekolah bagi kalendar akademik sesi 2026/2027 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent, Elmina, di sini, pagi ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata kajian berkenaan turut memberi tumpuan kepada maklum balas serta permintaan ibu bapa, di samping menilai pelaksanaan sistem pentaksiran yang sedang diguna pakai ketika ini.
Beliau menjangkakan kajian itu dapat diselesaikan dalam tahun ini sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri secepat mungkin.
Minggu lalu, Fadhlina dilaporkan berkata kementeriannya mengaktifkan semula MPPK bagi mengkaji keperluan pelaksanaan UPSR dan PT3 selepas mengambil kira permintaan ibu bapa yang mahu peperiksaan berkenaan dipertimbangkan semula.
UPSR dimansuhkan pada 2021 manakala PT3 pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Berita berkaitan
January 12, 2026, 12:20 pm
Agihan BAP RM150 bernula hari ini, ikut kesiapsiagaan sekolah
January 12, 2026, 11:02 am
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim didakwa salah guna dana derma RM207,000 untuk Palestin
January 12, 2026, 10:49 am
Anwar ucap selamat kembali ke sekolah, titip pesanan buat murid Tahun 1, ibu bapa
January 12, 2026, 7:57 am
MCMC sekat sementara akses AI Grok di Malaysia
January 11, 2026, 6:36 pm
Azam Baki sahkan Panglima tentera dipanggil SPRM kes rasuah terbaru
January 11, 2026, 2:41 pm
Ketegangan di Iran: Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada, patuh arahan pihak berkuasa
January 11, 2026, 12:22 pm
Pelajar 15 tahun maut hari pertama persekolahan di Terengganu
January 11, 2026, 12:09 pm
