Berita Berita
'Tak perlu tikam lagi' - Anthony Loke ingatkan ahli DAP jaga hubungan dengan Umno
KUALA LUMPUR 12 Jan - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengingatkan ahli parti supaya lebih berhemah dalam kenyataan dan tindakan kerana hubungan dengan Umno sebagai rakan sekutu dalam Kerajaan Perpaduan tidak wajar direnggangkan.
Menerusi sebuah podcast berbahasa Cina, Loke berkata, suka atau tidak, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah menerajui Umno dan parti itu kini merupakan sekutu DAP dalam kerajaan, justeru hubungan berkenaan perlu dipelihara.
Menurut beliau, perkara itu turut dibincangkan bersama Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, susulan hantaran terbaharu wakil rakyat itu yang mencetuskan kontroversi.
Katanya, beliau tidak bersetuju dengan tindakan Bee Yin, namun memilih untuk tidak menegurnya secara terbuka.
Sebelum ini, Bee Yin menerusi hantaran di media sosial meraikan kegagalan Najib menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Kata Loke, memandangkan Najib kini sedang menjalani hukuman penjara, matlamat yang ditetapkan parti sudah pun tercapai.
“Tak perlu tikam lagi,” katanya merujuk kepada kenyataan Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong itu.
Menteri Pengangkutan itu menjelaskan, walaupun DAP mempunyai prinsip dan pendirian sendiri, tidak ada keperluan untuk merosakkan hubungan dengan rakan sekutu.
“Kalau mahu bercakap tentang kerjasama (dengan Umno), tentang kerajaan bergerak ke depan dan melaksanakan reformasi bersama, semua pihak perlu berkomunikasi.
“Apabila kita rosakkan (hubungan itu), komunikasi menjadi sangat sukar,” kata Loke dipetik Malaysiakini.
Bulan lalu, Bee Yin mencetuskan kemarahan pemimpin Umno dan sebahagian pihak dalam Pakatan Harapan (PH) selepas menulis “satu lagi sebab untuk diraikan hujung tahun ini” susulan keputusan mahkamah berkaitan permohonan Najib.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki kemudiannya berkata mungkin sudah tiba masanya parti itu menilai semula kerjasama dengan pihak yang tidak menghargai sumbangan Umno.
Umno Puchong turut memutuskan semua hubungan dengan PH selepas Bee Yin enggan memohon maaf, manakala Pemuda Umno mengadakan konvensyen khas menggesa parti menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan.
Mengulas lanjut, Loke berkata tindakan berkenaan sepatutnya boleh ditangani dengan lebih baik.
“Jika dilihat kembali, beliau boleh tanganinya dengan lebih baik,” katanya.
Beliau turut menyatakan Bee Yin sepatutnya meraikan perkara itu secara dalaman.
“Saya hanya kata tindakan dan (kata-kata) ini tidak perlu,” katanya.
Najib, 72, kini menjalani hukuman penjara enam tahun sejak Ogos 2022 selepas disabitkan bersalah menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International.
Beliau sebelum ini memohon untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah, namun Mahkamah Tinggi memutuskan tiada mekanisme undang-undang yang membenarkan pelaksanaan hukuman berkenaan.
Berita berkaitan
January 12, 2026, 5:09 pm
Polis siasat anggotanya tiba-tiba tampar penunggang motosikal di stesen minyak di JB
January 12, 2026, 4:44 pm
Letupan penghawa dingin di universiti: Seorang maut, sembilan cedera
January 12, 2026, 2:28 pm
Muhammad Hafizuddeain mohon bersara awal, proses cari Panglima Angkatan Tentera baharu dimulakan
January 12, 2026, 1:21 pm
KPM perkenal Polisi Perlindungan Kanak-Kanak tangani isu buli di sekolah - Fadhlina
January 12, 2026, 12:20 pm
Agihan BAP RM150 bernula hari ini, ikut kesiapsiagaan sekolah
January 12, 2026, 11:32 am
KPM minta sedikit masa jalankan kajian menyeluruh kembalikan UPSR, PT3 - Fadhlina
January 12, 2026, 11:02 am
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim didakwa salah guna dana derma RM207,000 untuk Palestin
January 12, 2026, 10:49 am
