Berita Berita
JAIS pantau isu ‘Glamping With Pride’, tiada kompromi jika langgar undang-undang
SHAH ALAM 13 Jan – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengatur penugasan pegawai di lapangan bagi tujuan pemantauan susulan isu penganjuran program ‘Glamping With Pride’ yang didakwa melibatkan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Hulu Langat pada hujung minggu ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, langkah pemantauan itu dilaksanakan sebagai pencegahan awal bagi memastikan tiada sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang serta hukum syarak berlaku.
Menurut beliau, tindakan berkenaan diambil susulan penularan satu infografik program tersebut yang dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang disifatkan tidak senonoh dan tidak selari dengan norma masyarakat setempat.
“JAIS telah menugaskan pegawai tertentu untuk melakukan pemantauan di lapangan dan dalam masa sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalankan siasatan serta pemantauan,” katanya ketika ditemui.
Mohammad Fahmi berkata, walaupun pihak penganjur mendakwa program berkenaan hanya melibatkan aktiviti sosial dan pendidikan serta terhad kepada ahli pertubuhan tersebut, kerajaan negeri tidak akan berkompromi sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang.
Katanya, pendirian tegas kerajaan negeri itu selari dengan kenyataan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Mufti Selangor yang menegaskan umat Islam dilarang menyertai atau menyokong sebarang program berkaitan LGBT.
“Majoriti masyarakat Islam di Selangor tidak menerima perlakuan LGBT dan perkara ini telah ditegaskan menerusi kenyataan rasmi MAIS,” katanya.
Beliau turut memaklumkan telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya tidak mengeluarkan sebarang permit bagi penganjuran program berkenaan.
Menurutnya, setakat ini tiada sebarang permohonan rasmi diterima dan tiada lokasi khusus dikenal pasti, namun pemantauan akan terus dipertingkatkan.
“Sekiranya berlaku perhimpunan tanpa permit yang sah, tindakan undang-undang boleh diambil.
“Orang ramai, khususnya penduduk setempat, digesa supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan bahawa penganjur program ‘Glamping With Pride’ didakwa tetap berhasrat meneruskan penganjuran program berkenaan walaupun menerima bantahan daripada pelbagai pihak.
Program tersebut dilaporkan dianjurkan oleh sebuah kumpulan LGBT dikenali sebagai Jejaka dan digambarkan sebagai program retreat berasaskan komuniti yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan, sokongan rakan sebaya serta kesedaran kesihatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin menitahkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Mufti Selangor agar mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti yang melibatkan gaya hidup LGBT di negeri ini.
Baginda turut menzahirkan bantahan keras terhadap sebarang penganjuran aktiviti songsang berkaitan LGBT di Selangor.
Berita berkaitan
January 13, 2026, 2:39 pm
'Kalau kurang 10 sen pun terus maklum' - Fadhlina minta ibu bapa adu jika BAP dipotong
January 13, 2026, 2:00 pm
Hannah Yeoh menang rayuan saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara
January 13, 2026, 1:33 pm
JAIM siasat dakwaan hotel butik ‘mesra gay’ di Melaka
January 13, 2026, 1:03 pm
Contohi kejayaan Sarawak, MIC cadang kerajaan sedia bas sekolah percuma di seluruh negara
January 13, 2026, 12:39 pm
Kes rasuah libatkan pegawai tertinggi ATM berskala besar – Azam Baki
January 13, 2026, 10:42 am
'Tiada pelajar akan tercicir' - Asyraf Wajdi arah pengurusan MARA cari, pujuk pelajar miskin daftar sekolah
January 13, 2026, 10:23 am
Bersatu kekal setia, berprinsip dalam Perikatan Nasional – Azmin Ali
January 13, 2026, 10:16 am
DBKL keluarkan 21 tindakan sita, kompaun banteras penjaja warga asing di Pasar Borong KL
January 13, 2026, 9:38 am
