Berita Berita
'Tiada pelajar akan tercicir' - Asyraf Wajdi arah pengurusan MARA cari, pujuk pelajar miskin daftar sekolah
KUALA LUMPUR 13 Jan - Tiada pelajar baharu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan tercicir daripada melanjutkan pengajian disebabkan kekangan kewangan, melakukan pendaftaran serentak Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sejak semalam.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah mengarahkan pengurusan MARA supaya menghubungi pelajar yang berpotensi tidak hadir pada hari pendaftaran bagi memastikan bantuan serta sokongan dapat disalurkan.
“Saya sudah minta pengurusan MARA semua MRSM menghubungi mana-mana pelajar yang tidak hadir pendaftaran ke MRSM esok kerana faktor kewangan dibantu dan dipujuk.
“Saya tidak mahu pelajar tercicir kerana kemiskinan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.
Beliau turut meminta ibu bapa yang menghadapi masalah kewangan supaya segera menghubungi pihak pengurusan MRSM bagi mendapatkan bantuan sewajarnya.
“Insya-Allah, MARA dan pihak MRSM akan bantu. Pejabat saya di MARA akan pantau,” katanya.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
