Berita Berita
JAIM siasat dakwaan hotel butik ‘mesra gay’ di Melaka
MELAKA 13 Jan – Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan kewujudan sebuah hotel butik berkonsepkan ‘mesra gay’ di negeri ini yang tular di media sosial sejak Isnin.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mendapatkan kesahihan maklumat berkenaan.
“JAIM sedang menjalankan siasatan dan kita tidak boleh membuat sebarang keputusan awal sehingga maklumat diperoleh secara jelas serta bukti yang mencukupi,” katanya ketika mengulas isu tular tersebut.
Terdahulu, satu hantaran di media sosial mendakwa kewujudan sebuah hotel berkonsepkan ‘mesra gay’ di Melaka sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.
Perkara itu dikongsikan oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong yang membangkitkan persoalan mengenai trend penjenamaan perniagaan menggunakan label ‘friendly’ sebagai strategi pemasaran.
“Agak kreatif penjenamaan. Label ‘Muslim friendly’ pun boleh dijadikan bisnes, apatah lagi ‘gay friendly’. Lepas ini apa pula idea kreatif akan muncul? ‘Babi friendly’ atau ‘LGBT friendly’?
“Selain pusat beli-belah mesra haiwan, Malaysia juga memiliki konsep ‘family friendly’, ‘child friendly’ dan yang terbaharu, ‘gay friendly’ hotel di Melaka. Ingatkan hanya sukan sahaja menggunakan istilah ‘friendly’, tidak sangka pula konsep ini dipromosikan secara terbuka,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Kerajaan negeri sebelum ini menegaskan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya siasatan mendapati wujud sebarang pelanggaran undang-undang atau norma masyarakat setempat.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
