Berita Berita
Kes rasuah libatkan pegawai tertinggi ATM berskala besar – Azam Baki
KUALA LUMPUR 13 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan kes rasuah yang dikaitkan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan tahap keseriusan tinggi dan dipercayai berlaku dalam skala besar.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata penilaian itu dibuat berdasarkan kedudukan individu yang didakwa terbabit, iaitu dalam kalangan pegawai berpangkat tertinggi agensi pertahanan negara.
"Cuba anda bayangkan betapa besarnya masalah itu berdasarkan pangkat mereka yang terbabit. Ia sememangnya sangat besar," katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPRM dan HELP University serta Pelancaran Siri Forum Tadbir Urus dan Integriti 2026 di sini, hari ini.
Mengenai tindakan menyambung reman bekas Panglima Tentera Darat (PTD) bersama dua isteri yang ditahan SPRM, Azam menjelaskan ia bergantung kepada keperluan siasatan.
"Saya tidak boleh mengesahkan perkara itu buat masa ini kerana masih berbaki satu hari. Saya perlu menyemak dengan pegawai penyiasat.
"Kita mempunyai tempoh maksimum 14 hari reman. Jika esok genap tujuh hari dan siasatan memerlukan masa tambahan, kita akan memohon lanjutan reman di mahkamah," katanya.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
