Berita Berita
'Kalau kurang 10 sen pun terus maklum' - Fadhlina minta ibu bapa adu jika BAP dipotong
NIBONG TEBAL 13 Jan - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminta ibu bapa menyalurkan aduan sekiranya Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 yang diterima bagi setiap anak yang bersekolah tidak diserahkan sepenuhnya atau dipotong walau satu sen.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata bantuan berkenaan adalah komitmen Kerajaan MADANI bagi meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan awal persekolahan anak-anak.
Menurutnya, bantuan itu mesti diserahkan sepenuhnya kepada ibu bapa tanpa sebarang potongan, termasuk bagi tujuan bayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau caj lain.
“Ini peringatan yang kita berikan setiap tahun kerana RM150 ini memang diperuntukkan kerajaan khusus untuk persiapan persekolahan.
“Kalau ada isu lain seperti yuran atau bayaran tambahan, ia perlu diselesaikan melalui kaedah lain kerana RM150 ini hanya untuk bantuan persekolahan dan wajib diserahkan penuh.
“Jika ibu bapa menerima kurang, walaupun 10 sen atau RM1, mereka perlu memaklumkan kepada KPM untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Cura BAP Tahun 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah, di sini, hari ini.
Pada majlis berkenaan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang menerima peruntukan BAP berjumlah lebih RM34.1 juta yang memanfaatkan lebih 227,000 murid dan pelajar di negeri itu.
Terdahulu, beberapa ibu bapa meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial apabila mendakwa terdapat sekolah yang membuat potongan BAP anak-anak mereka bagi melunaskan bayaran yuran PIBG, sedangkan perkara itu telah ditegaskan KPM sebagai tidak dibenarkan setiap tahun.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 11:55 pm
Remaja parah gegendang telinga pecah, patah hidung angkara ubah suai mercun bola di Seremban
March 19, 2026, 11:34 pm
Lelaki belasah, lenyek kepala isteri hamil akhirnya ditahan polis
March 19, 2026, 10:18 pm
Polis tumpas sindiket ‘mini kasino’ berselindung di sebalik syarikat sukan di Bukit Damansara
March 19, 2026, 8:15 pm
Malaysia sambut Aidilfitri pada 21 Mac 2026
March 19, 2026, 7:14 pm
Anwar ucap tahniah Anutin jadi Perdana Menteri Thailand
March 19, 2026, 4:23 pm
KJ yakin UMNO masih ada asas kukuh untuk bangkit
March 19, 2026, 4:00 pm
'Tak larat nak hadap jem' - Perantau pilih kereta api pulang beraya
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
