Berita Berita
'Jangan kerja sebab 'viral' - Fadhlina tegas isu sekolah padat akan ditangani segara menyeluruh
KUALA LUMPUR 24 Jan - Kementerian Pendidikan memberi jaminan isu sekolah padat termasuk kelas sesak serta kekurangan prasarana akan ditangani secara menyeluruh dan berterusan bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, usaha menyelesaikan masalah berkenaan tidak wajar bersandarkan kepada tekanan atau isu tular di media sosial semata-mata, sebaliknya perlu dilaksanakan sebagai tanggungjawab asas pentadbiran pendidikan.
“Sekolah padat, kelas sesak dan prasarana tidak mencukupi akan memberikan kesan kepada pembelajaran yang berkesan.
“Saya panggil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor bersama pasukan saya untuk memastikan isu ini segera ditangani dengan bersungguh-sungguh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook di sini hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 181 sekolah padat dikenal pasti di Selangor dan Kementerian Pendidikan telah meluluskan segera pembinaan bilik darjah tambahan bagi semua sekolah terbabit.
“Saya juga telah mengarahkan waran guru ditambah bagi menangani isu kekurangan guru bagi sekolah padat.
“Semua pembinaan bilik darjah tambahan ini akan dibina dengan segera secara berfasa. Dalam masa yang sama sekolah-sekolah baharu yang sedang dibina akan diberikan perhatian segera,” katanya.
Menurut beliau, Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 turut memberi penekanan kepada penyediaan suasana pembelajaran yang kondusif serta prasarana yang selesa bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.
“Jangan kerja sebab viral (tular), kita kerja kerana itu memang kerja kita.
“Mesyuarat selanjutnya adalah bersama Pengarah JPN Kedah untuk menangani sekolah padat di negeri Kedah,” katanya.
Berita berkaitan
January 24, 2026, 8:11 pm
Isu pemberian taraf PR, kewarganegaraan tidak boleh dipandang ringan - Sultan Pahang
January 24, 2026, 12:13 pm
Anwar beri amaran henti amalan kartel menekan rakyat
January 24, 2026, 10:52 am
Suami isteri maut, tak sempat selamatkan diri dalam kebakaran rumah di Kudat
January 24, 2026, 12:44 am
'Lu sapa?' - Bos Mydin 'sound' Ahli Parlimen DAP
January 23, 2026, 8:45 pm
Mohamed Shamir dilantik Ketua Eksekutif baharu HRD Corp berkuat kuasa hari ini
January 23, 2026, 7:38 pm
Hati-hati, 10 ajaran sesat dikenal pasti bergerak aktif di Malaysia - JAKIM
January 23, 2026, 5:17 pm
'Saya akan bincang dengan Amirudin' - Anwar cadang projek ternakan babi Bukit Tagar dibatalkan
January 23, 2026, 2:54 pm
PTPTN kerjasama laksana pendidikan percuma kepada 10,000 pelajar miskin tegar
January 23, 2026, 2:45 pm
