Berita Berita
Mohamed Shamir dilantik Ketua Eksekutif baharu HRD Corp berkuat kuasa hari ini
KUALA LUMPUR 23 Jan - Human Resource Development Corporation (HRD Corp) melantik Datuk Mohamed Shamir bin Abdul Aziz sebagai Ketua Eksekutif baharu berkuat kuasa hari ini, dalam usaha memperkukuh mandat agensi itu memacu pembangunan modal insan negara.
Mohamed Shamir memiliki pengalaman kepimpinan luas merentasi pelbagai sektor, termasuk pengurusan organisasi, pelaksanaan strategi dan pembangunan institusi, selain berpengalaman dalam pengurusan institusi kewangan mikro bagi menyokong pembangunan sosioekonomi.
Sebelum pelantikan itu, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), sebuah institusi kewangan mikro nasional, dengan tanggungjawab menyelia inisiatif strategik bagi meningkatkan prestasi institusi, memperkukuh rangka kerja operasi serta memajukan pembangunan sosioekonomi yang inklusif.
Sepanjang tempoh lapan tahun kepimpinannya, AIM mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman yang cemerlang iaitu 99.98 peratus, selain mencapai kadar bayaran balik penuh 100 peratus pada tahun 2025.
Di bawah kepimpinan beliau juga, AIM menerima pengiktirafan sebagai Pemenang Kepimpinan Pasaran (Pembiayaan Mikro) pada Anugerah Kewangan Islam Global 2025 (Global Islamic Finance Awards, GIFA), sekali gus mencerminkan kecemerlangan berterusan institusi itu dalam sektor pembiayaan mikro.
Mohamed Shamir berkelulusan Ijazah Sarjana Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang memberikan asas kukuh dalam perancangan dasar, pembangunan mampan serta penyelarasan merentas sektor.
Pelantikan beliau selari dengan usaha HRD Corp untuk terus memperkukuh peranannya dalam memacu pembangunan kemahiran, latihan tenaga kerja dan kelestarian modal insan, sejajar dengan keutamaan nasional serta keperluan majikan dan tenaga kerja yang sentiasa berkembang.
HRD Corp merupakan agensi peneraju kerajaan Malaysia bagi pembangunan modal insan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan ditadbir selia mengikut Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta PSMB 2001).
Agensi itu bertanggungjawab terhadap kutipan dan pentadbiran levi pembangunan sumber manusia melalui Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM), termasuk usaha menggalakkan latihan, latihan semula serta peningkatan kemahiran pekerja bagi memastikan tenaga kerja negara kekal berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan ekonomi masa depan.
Berita berkaitan
January 23, 2026, 7:38 pm
Hati-hati, 10 ajaran sesat dikenal pasti bergerak aktif di Malaysia - JAKIM
January 23, 2026, 5:17 pm
'Saya akan bincang dengan Amirudin' - Anwar cadang projek ternakan babi Bukit Tagar dibatalkan
January 23, 2026, 2:54 pm
PTPTN kerjasama laksana pendidikan percuma kepada 10,000 pelajar miskin tegar
January 23, 2026, 2:45 pm
Polis kesan pemandu Perodua Axia terlibat kemalangan di LPT Maran
January 23, 2026, 1:52 pm
Atlet Olimpik saman kerajaan Selangor, MBPJ cabar larangan pelihara anjing di pangsapuri
January 23, 2026, 1:41 pm
Kolam najis ladang babi bocor punca Sungai Penyalai di Tangkak tercemar
January 23, 2026, 1:32 pm
Pemandu mabuk rempuh palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara
January 23, 2026, 1:28 pm
Bekas panglima tentera tegaskan kes tidak jejas reputasi ATM
January 23, 2026, 1:21 pm
