Berita Berita
'Lu sapa?' - Bos Mydin 'sound' Ahli Parlimen DAP
KUALA LUMPUR 24 Jan - Pengurusan Pasaraya Mydin tampil mempertahankan diri susulan dakwaan bahawa rangkaian pasar raya itu memperoleh manfaat besar daripada pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin membidas dakwaan Pengerusi DAP Melaka itu dan menyifatkannya sebagai sangkaan jahat yang dilemparkan terhadap beliau serta syarikat berkenaan.
Menurutnya, beliau sebelum ini sering menegaskan bahawa kerajaan seharusnya membantu peniaga-peniaga kecil dan bukan memfokuskan kepada mana-mana syarikat besar semata-mata.
"Lu siapa, lu rileks dulu"
"Yang Berhormat (YB) kata kita happy, banyak untung menari-menari. Itu sangkaan jahat, kalau tak bagi Mydin, bagi peniaga kecil pun tidak mengapa.
"Kalau YB nak tahu siapa peniaga terbesar menerima manfaat SARA mungkin YB patut sebut syarikat itu dalam Parlimen, ini sebut- sebut Mydin saja buat apa," ujarnya menerusi aplikasi TikTok pada Jumaat.
Sebelum ini, Poay Tiong membangkitkan bantuan SARA dengan Pasaraya Mydin.
Poay Tiong memberitahu, 'tauke' Mydin sangat gembira apabila penerima SARA membeli keperluan mereka di pasaraya itu.
Dalam pada itu, Ameer Ali turut berterima kasih kepada Kerajaan Madani kerana membantu rakyat.
" Alhamdulillah terima kasih bantu rakyat.
" Menerusi bantuan SARA peniaga juga menerima impak positif," ujarnya.
Berita berkaitan
January 23, 2026, 8:45 pm
Mohamed Shamir dilantik Ketua Eksekutif baharu HRD Corp berkuat kuasa hari ini
January 23, 2026, 7:38 pm
Hati-hati, 10 ajaran sesat dikenal pasti bergerak aktif di Malaysia - JAKIM
January 23, 2026, 5:17 pm
'Saya akan bincang dengan Amirudin' - Anwar cadang projek ternakan babi Bukit Tagar dibatalkan
January 23, 2026, 2:54 pm
PTPTN kerjasama laksana pendidikan percuma kepada 10,000 pelajar miskin tegar
January 23, 2026, 2:45 pm
Polis kesan pemandu Perodua Axia terlibat kemalangan di LPT Maran
January 23, 2026, 1:52 pm
Atlet Olimpik saman kerajaan Selangor, MBPJ cabar larangan pelihara anjing di pangsapuri
January 23, 2026, 1:41 pm
Kolam najis ladang babi bocor punca Sungai Penyalai di Tangkak tercemar
January 23, 2026, 1:32 pm
Pemandu mabuk rempuh palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara
January 23, 2026, 1:28 pm
