Berita Berita
PTPTN kerjasama laksana pendidikan percuma kepada 10,000 pelajar miskin tegar
KUALA LUMPUR 23 Jan - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan pelaksanaan inisiatif biasiswa atau pendidikan percuma kepada 10,000 pelajar miskin tegar di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 berjalan secara berkesan dan menyeluruh kepada golongan sasar.
Pengerusinya, Norliza Abdul Rahim berkata, peningkatan hampir dua kali ganda jumlah penerima manfaat itu diyakini mampu membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak daripada keluarga miskin tegar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Menurut beliau, langkah berkenaan secara tidak langsung dapat memutuskan rantaian kemiskinan melalui pendidikan yang menjadi pemangkin utama mobiliti sosial serta pembangunan modal insan negara.
Katanya, pengumuman inisiatif itu oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika melancarkan RPTM mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Madani dalam memastikan akses kepada pendidikan tinggi yang inklusif, saksama dan berkualiti dapat dinikmati semua lapisan masyarakat, khususnya golongan miskin tegar.
Terdahulu, Anwar ketika berucap pada majlis pelancaran RPTM Selasa lalu mengumumkan inisiatif pendidikan percuma PTPTN ditingkatkan kepada 10,000 pelajar daripada keluarga miskin tegar yang tersenarai dalam data eKasih, berbanding 5,800 pelajar di bawah Belanjawan 2026.
Berita berkaitan
January 23, 2026, 8:45 pm
Mohamed Shamir dilantik Ketua Eksekutif baharu HRD Corp berkuat kuasa hari ini
January 23, 2026, 7:38 pm
Hati-hati, 10 ajaran sesat dikenal pasti bergerak aktif di Malaysia - JAKIM
January 23, 2026, 5:17 pm
'Saya akan bincang dengan Amirudin' - Anwar cadang projek ternakan babi Bukit Tagar dibatalkan
January 23, 2026, 2:45 pm
Polis kesan pemandu Perodua Axia terlibat kemalangan di LPT Maran
January 23, 2026, 1:52 pm
Atlet Olimpik saman kerajaan Selangor, MBPJ cabar larangan pelihara anjing di pangsapuri
January 23, 2026, 1:41 pm
Kolam najis ladang babi bocor punca Sungai Penyalai di Tangkak tercemar
January 23, 2026, 1:32 pm
Pemandu mabuk rempuh palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara
January 23, 2026, 1:28 pm
Bekas panglima tentera tegaskan kes tidak jejas reputasi ATM
January 23, 2026, 1:21 pm
