Berita Berita
Nurse Deena suap pesakit warga emas India guna tangan, KKM beri penghargaan inspirasi semangat 'Malaysia'
KUALA LUMPUR 25 Jan – Nilai kemanusiaan yang melangkaui perbezaan kaum, warna kulit dan agama terus menjadi asas perpaduan negara, seperti dizahirkan melalui sikap penuh empati seorang jururawat yang tular di media sosial baru-baru ini.
Jururawat berkenaan, Nur Deena Nadzhiefa, mencuri perhatian ramai apabila videonya menyantuni seorang pesakit warga emas berbangsa India mendapat reaksi positif warganet, sekali gus membawa kepada pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata beliau berpeluang bertemu sendiri jururawat terbabit semasa majlis perasmian bangunan baharu Hospital Seberang Jaya, pada Sabtu.
Menurutnya, video tular yang memaparkan keikhlasan Nur Deena dalam melayani pesakit itu benar-benar menyentuh perasaan serta mencerminkan nilai ihsan yang tinggi dalam profesion kejururawatan.
“Anugerah yang saya sampaikan ini kecil nilainya berbanding nilai ihsan yang ditunjukkan oleh Deena.
"Beliau membuktikan bahawa ubat paling mujarab di hospital bukan hanya pil atau suntikan, tetapi layanan penuh empati,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dr Dzulkefly turut merakamkan penghargaan kepada Nur Deena kerana berjaya menghidupkan semangat ‘Malaysia’ dalam tugasan hariannya dan berharap sikap terpuji itu dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga kesihatan serta masyarakat.
"Pengiktirafan tersebut disifatkan sebagai simbol penghargaan terhadap nilai kemanusiaan, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan komitmen KKM dalam membudayakan perkhidmatan kesihatan yang prihatin serta berteraskan empati," ujarnya.
Berita berkaitan
January 25, 2026, 6:58 pm
Rakyat Malaysia ulang alik Singapura lebih lapan kali dalam sebulan tak layak terima STR - Chin Tong
January 25, 2026, 3:32 pm
Polis buru tahanan reman lolos ketika dirawat di Hospital Sungai Bakap
January 25, 2026, 3:28 pm
Silibus Tabika, Tadika KEMAS diselaras untuk kanak-kanak 3 dan 4 tahun selari RPN 2026-2035
January 25, 2026, 10:37 am
Beri alasan konon bapa terjatuh, rupanya anak tergamak pukul hingga maut
January 25, 2026, 9:45 am
Kemenangan di PRK Kinabatangan, Lamag bukti keyakinan rakyat terhadap BN - Zahid Hamidi
January 24, 2026, 8:53 pm
'Jangan kerja sebab 'viral' - Fadhlina tegas isu sekolah padat akan ditangani secara menyeluruh
January 24, 2026, 8:11 pm
Isu pemberian taraf PR, kewarganegaraan tidak boleh dipandang ringan - Sultan Pahang
January 24, 2026, 12:13 pm
Anwar beri amaran henti amalan kartel menekan rakyat
January 24, 2026, 10:52 am
