Berita Berita
Silibus Tabika, Tadika KEMAS diselaras untuk kanak-kanak 3 dan 4 tahun selari RPN 2026-2035
BAGAN DATUK 25 Jan - Peranan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan diteruskan sebagai asas pendidikan awal kanak-kanak, seiring pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, institusi pendidikan awal itu akan terus mendidik kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun, manakala silibus sedia ada akan diselaraskan bagi memastikan kesinambungan pembelajaran ke peringkat prasekolah lima tahun di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, silibus Tabika dan Tadika KEMAS termasuk tadika perpaduan akan diubah suai mengikut keperluan semasa supaya selari dengan dasar baharu pendidikan prasekolah negara.
"Mesyuarat Kabinet Jumaat lalu memutuskan prasekolah diselaraskan di bawah Kementerian Pendidikan, di mana kanak-kanak berumur lima tahun diwajibkan mengikuti kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah lain di bawah kementerian," katanya kepada media selepas merasmikan pecah tanah syarikat QL Inno Food Parks Bagan Datuk di sini hari ini.
Beliau menegaskan KEMAS akan terus mengendalikan kelas sedia ada dengan kurikulum yang disesuaikan, selaras usaha penyelarasan pendidikan prasekolah di peringkat nasional.
Pada 19 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kanak-kanak berusia enam tahun boleh didaftarkan ke Tahun Satu mulai sesi persekolahan 2027 susulan pelancaran RPN 2026-2035.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pendidikan awal di bawah KEMAS akan terus diperkasakan kerana institusi berkenaan berfungsi sebagai feeder classes atau kelas persediaan kepada kanak-kanak sebelum melangkah ke prasekolah lima tahun di bawah Kementerian Pendidikan.
Berita berkaitan
January 25, 2026, 6:58 pm
Rakyat Malaysia ulang alik Singapura lebih lapan kali dalam sebulan tak layak terima STR - Chin Tong
January 25, 2026, 3:32 pm
Polis buru tahanan reman lolos ketika dirawat di Hospital Sungai Bakap
January 25, 2026, 12:50 pm
Nurse Deena suap pesakit warga emas India guna tangan, KKM beri penghargaan inspirasi semangat 'Malaysia'
January 25, 2026, 10:37 am
Beri alasan konon bapa terjatuh, rupanya anak tergamak pukul hingga maut
January 25, 2026, 9:45 am
Kemenangan di PRK Kinabatangan, Lamag bukti keyakinan rakyat terhadap BN - Zahid Hamidi
January 24, 2026, 8:53 pm
'Jangan kerja sebab 'viral' - Fadhlina tegas isu sekolah padat akan ditangani secara menyeluruh
January 24, 2026, 8:11 pm
Isu pemberian taraf PR, kewarganegaraan tidak boleh dipandang ringan - Sultan Pahang
January 24, 2026, 12:13 pm
Anwar beri amaran henti amalan kartel menekan rakyat
January 24, 2026, 10:52 am
