Berita Jenayah
Dua suspek lepaskan tembakan cedera dirempuh kenderaan di Taman Seri Kapar
SHAH ALAM 5 Mac – Cubaan dua lelaki bermotosikal untuk mencederakan seorang pemandu lori dengan melepaskan tembakan berakhir apabila kedua-duanya cedera dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Taman Seri Kapar, Klang, pagi tadi.
Insiden yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu disaksikan oleh pemandu sebuah kenderaan lain yang berada di lokasi kejadian. Menyedari tindakan berbahaya suspek, pemandu kenderaan berkenaan bertindak merempuh motosikal suspek sehingga menyebabkan kedua-dua lelaki itu terjatuh dan mengalami kecederaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan kejadian tersebut melibatkan serangan ke arah seorang pemandu lori sebelum saksi di tempat kejadian bertindak menghalang suspek.
"Terdapat sebuah kenderaan lain yang melihat insiden tembakan itu sebelum bertindak merempuh motosikal suspek sehingga mereka cedera," katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Beliau menambah, identiti serta umur kedua-dua suspek masih dalam proses semakan, manakala tahap kecederaan mereka belum dapat dipastikan sepenuhnya memandangkan pasukan forensik masih menjalankan siasatan di lokasi.
Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat bagi memperincikan kronologi lengkap serta perkembangan siasatan kes berkenaan. Sebelum ini, tular sebuah video pendek berdurasi 13 saat di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki terbaring di atas jalan raya, yang dikaitkan dengan kejadian tembakan tersebut.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 2:03 pm
Lubuk judi residensi mewah tumpas, polis tahan 15 individu dan rampas kokain
June 15, 2026, 10:12 am
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
June 14, 2026, 12:46 pm
Kanak-kanak dua tahun didera bapa tiri, suspek dicekup depan hospital
June 11, 2026, 4:48 pm
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
June 9, 2026, 8:01 pm
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
