Berita Jenayah
Ancaman IS sasar remaja: Enam ditahan rancang serangan balai polis, radikalisasi bermula dari 'Roblox'
KUALA LUMPUR 6 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sel keganasan melibatkan enam individu, termasuk tiga remaja bawah umur, yang disyaki merancang serangan terhadap balai polis dan instalasi penting kerajaan di seluruh negara.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mendedahkan dalam satu sidang akhbar di Bukit Aman hari ini bahawa kesemua suspek berusia antara 16 hingga 21 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada 14 dan 15 Februari lalu. Tangkapan dilakukan di beberapa lokasi termasuk Lembah Klang, Kedah, Johor, dan Terengganu.
Siasatan mendedahkan penemuan membimbangkan apabila proses radikalisasi suspek dikesan bermula seawal usia remaja melalui platform digital, termasuk permainan dalam talian popular, Roblox.
"Modus operandi pembentukan minda radikal ini berpunca daripada kecenderungan melayari media sosial berkaitan krisis geopolitik Asia Barat. Lebih mengejutkan, permainan Roblox turut menjadi medium yang membentuk minda suspek ke arah fahaman ekstremis," kata beliau.
Selain melafazkan ikrar taat setia (bai'ah) kepada pemimpin kumpulan pengganas Islamic State (IS), kumpulan ini juga aktif menyebarkan ideologi radikal dan propaganda melalui aplikasi WhatsApp, Telegram, dan Discord. Hasil serbuan turut menemukan pelbagai bahan bukti termasuk bendera IS, komputer riba, serta buku-buku berunsur ekstremis.
Kesemua suspek kini disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 dan Bab 6A Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan keganasan.
Walau bagaimanapun, Mohd Khalid memberi jaminan bahawa prosedur khas di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 tetap dipatuhi memandangkan tiga daripada suspek masih di bawah umur bagi melindungi maruah dan masa depan mereka. Beliau turut menggesa ibu bapa agar lebih peka memantau aktiviti digital anak-anak bagi mengelakkan mereka terjebak dengan elemen keganasan.
"Setakat ini, tahap keselamatan negara kekal aman dan terkawal. Pihak polis akan terus memperkukuh pemantauan dan risikan secara proaktif bagi mengekang sebarang ancaman luar dan dalam," tegas beliau.
Berita berkaitan
March 5, 2026, 1:34 pm
Dua suspek lepaskan tembakan cedera dirempuh kenderaan di Taman Seri Kapar
March 2, 2026, 2:44 pm
'Pak guard' mengaku salah amang seksual, rogol dan liwat anak kandung usia 6 tahun
February 27, 2026, 11:16 am
Polis siasat dakwaan individu berpengaruh cuba sabotaj kestabilan negara
February 26, 2026, 5:21 pm
Polis buru suspek curi motosikal di Residensi Adelia, Bangi
February 24, 2026, 12:28 pm
Lima lelaki ditahan kes rusuh bersenjata di PPR Pinggiran Bukit Jalil
February 24, 2026, 9:11 am
Wanita dakwa dicabul rakan serumah di Sentul
February 19, 2026, 2:25 pm
Lelaki menyamar wanita pecah masuk rumah sewa pelajar di Seksyen 7
February 19, 2026, 2:15 pm
Sindiket edar syabu RM1.56 juta tumpas di Lebuh Raya Utara–Selatan
February 11, 2026, 11:45 am
