Berita Jenayah
Lelaki dipercayai berhalusinasi tikam leher anak tiga kali di Kampar
KAMPAR 9 Mac – Seorang lelaki dipercayai bertindak agresif apabila menikam anak lelaki serta adik perempuannya dalam kejadian di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bandar Baru di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, lelaki berusia 58 tahun terbabit menyerang kedua-dua mangsa menggunakan sebilah pisau.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, mangsa lelaki berusia 22 tahun ditikam sebanyak tiga kali di bahagian leher, manakala adik perempuan suspek yang berusia 56 tahun pula ditikam sekali pada bahagian sama.
Katanya, suspek yang berusia 58 tahun dipercayai mengalami halusinasi ketika kejadian dan pernah menerima rawatan berkala di Hospital Fatimah Ipoh.
“Kedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk rawatan lanjut. Suspek yang mengalami luka di tapak tangan kiri pula dirujuk ke Hospital Tanjung Rambutan,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 2:03 pm
Lubuk judi residensi mewah tumpas, polis tahan 15 individu dan rampas kokain
June 15, 2026, 10:12 am
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
June 14, 2026, 12:46 pm
Kanak-kanak dua tahun didera bapa tiri, suspek dicekup depan hospital
June 11, 2026, 4:48 pm
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
June 9, 2026, 8:01 pm
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
