TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemandu e-hailing cedera dipercayai dipukul penumpang warga China di Nilai

By
|
Kongsi
image

NILAI 28 Jan – Seorang pemandu e-hailing dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian bibir dan dahi selepas dipercayai dipukul oleh penumpang warga China dalam satu kejadian di Bandar Baru Nilai, di sini, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pergaduhan itu kira-kira jam 3.40 pagi daripada seorang lelaki tempatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati insiden tersebut dipercayai berpunca daripada salah faham semasa perkhidmatan penghantaran penumpang sebelum tercetus pertengkaran yang membawa kepada pergelutan antara kedua-dua pihak.

“Akibat kejadian itu, pemandu e-hailing mengalami kecederaan ringan pada bibir dan dahi sebelum mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta diminta bekerjasama dengan pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan kejadian kepada balai polis berhampiran.

“Pihak polis juga menasihatkan semua pengguna perkhidmatan e-hailing dan penumpang supaya sentiasa berhemah, mematuhi peraturan serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi atau konflik,” katanya.

+ - reset