Berita Berita
ETS beroperasi 24 jam secara bermusim mulai Tahun Baharu Cina
PUTRAJAYA 28 Jan – Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan beroperasi selama 24 jam secara bermusim bermula Tahun Baharu Cina bulan depan sebagai usaha memperkukuhkan sistem pengangkutan negara serta memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kekerapan perkhidmatan ETS akan ditingkatkan daripada 36 kepada 46 perjalanan sehari bagi membolehkan lebih ramai penumpang menikmati perjalanan yang lebih fleksibel, selesa dan kerap antara bandar utama di Semenanjung Malaysia.
Menurutnya, operasi 24 jam itu hanya dilaksanakan ketika musim perayaan, cuti panjang dan tempoh permintaan tinggi.
“Perkhidmatan ETS 24 jam ini hanya untuk musim perayaan bermula Tahun Baharu Cina dan seterusnya perayaan lain serta cuti panjang. Kita mahu mengoptimumkan aset sedia ada dan menambah kapasiti ketika permintaan tinggi,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) Januari 2026, di sini, Rabu.
Anthony berkata, ETS kini menjadi antara perkhidmatan paling popular dalam kalangan rakyat dan pelancong serta berperanan sebagai tulang belakang kepada operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Jelasnya, konsep ‘Midnight Trains’ diperkenalkan bagi menampung lonjakan permintaan, seiring pendekatan industri penerbangan yang menyediakan penerbangan tambahan ketika musim puncak.
“Apabila tiba musim permintaan tinggi, kita akan tambah kekerapan dan kapasiti. Langkah ini penting supaya lebih ramai rakyat berpeluang mendapatkan tiket ETS,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Anthony memaklumkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor kekal dijadualkan beroperasi pada Januari 2027.
Beliau berkata, sistem rel memerlukan ujian dan integrasi menyeluruh melibatkan pelbagai komponen sebelum boleh beroperasi sepenuhnya.
“Sistem kereta api bukan hanya melibatkan landasan, tetapi turut merangkumi ujian integrasi sistem. Setakat ini, jadual operasi masih kekal pada Januari tahun depan,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan kemungkinan ECRL beroperasi lebih awal iaitu pada November tahun ini.
Berita berkaitan
January 28, 2026, 4:14 pm
Ops Jack Sparrow: Tiga suspek utama dihadapkan ke mahkamah
January 28, 2026, 4:05 pm
JAIS nafi tanggung kos roboh tanah diceroboh di PJS4
January 28, 2026, 3:55 pm
Anggota bomba melecur kaki ketika padam kebakaran di Bandar Penawar
January 28, 2026, 3:36 pm
Cadangan hadkan motosikal di lebuh raya akan dinilai secara menyeluruh - Anthony Loke
January 28, 2026, 3:16 pm
Tekanan di tempat kerja salah satu punca gay - Menteri Agama
January 28, 2026, 2:38 pm
Muhyiddin cadang mansuh jawatan pengerusi PN, susun semula kepimpinan gabungan
January 28, 2026, 2:34 pm
Harga emas lepasi AS$5,200 buat pertama kali susulan kejatuhan dolar AS
January 28, 2026, 2:29 pm
Kerajaan Kelantan tetapkan syarat ketat lesen mendulang emas
January 28, 2026, 2:20 pm
